boleh dimakan waktu pagi, petang dan malam juga :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti Kismis Gula Perang

boleh dimakan waktu pagi, petang dan malam juga :)

BAHAN-BAHAN

  • 500 gram tepung roti*
  • 1/2 sudu kecil garam halus*
  • 50 gram butter*
  • 6 sudu besar gula castor**
  • 1 sudu kecil yis**
  • 225ml susu suam***
  • 1 biji telur – dipukul sikit***
  • **************************
  • Bahan untuk sapu atas roti
  • 2 sudu besar gula castor dibancuh dengan sedikit air panas dan sedikit esen vanila
  • **************************
  • Bahan dalam roti
  • sedikit butter dicairkan
  • kismis
  • gula perang
CARA PENYEDIAAN
  • Campur semua bahan bertanda *. Gaulkan dengan tangan hingga kesemua bahan bercampur mesra.

    Nota : Jika ingin guna bread improver dan bread softener, guna 1 sudu kecil untuk kedua bahan ini dan gaulkan sekali.

  • Masukkan kesemua bahan bertanda **. Gaul mesra bahan-bahan ini.
  • Buat lubang ditengah tepung dan masukkan bahan-bahan bertanda ***. Uli hingga menjadi doh. Masukkan doh kedalam bekas yang telah ditabur sedikit tepung. Tutup dan biar naik 2 kali ganda.
  • Tumbuk-tumbuk doh dan leperkan doh. Sapu permukaan doh ini dengan butter cair.
  • Kemudian, taburkan kismis dan gula perang.
  • Gulungkan doh dengan kemas.
  • Potongkan doh kepada 12 bahagian.
  • Susunkan doh yang telah dipotong tadi dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak/butter. Tutup dengan kain atau plastik dan biarkan naik sekali ganda.
  • Bakar selama 15-20 minit dengan suhu 400F/200C.
  • Bila siap, biarkan roti selama 20 minit sebelum diangkat keluar dari loyang. Ini supaya roti tidak melekat pada loyang. Kemudian, sapukan atas roti dengan bahan sapuan tadi.
  • Roti kini siap untuk dimakan.
    Selamat Mencuba!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN