Manisan ini biasa dimakan oleh masyarakat cina khasnya pada musim perayaan ‘Dong zhi’ atau Winter Solstice. Rupanya seperti onde2 tapi tak menggunakan kelapa parut. Ianya dimakan dengan syrup gula.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Tang Yuan (Glutinous Rice Ball Dessert)
Manisan ini biasa dimakan oleh masyarakat cina khasnya pada musim perayaan ‘Dong zhi’ atau Winter Solstice. Rupanya seperti onde2 tapi tak menggunakan kelapa parut. Ianya dimakan dengan syrup gula.
BAHAN-BAHAN
- 300g Tepung pulut
- 1/2 cup air panas
- 1 cup air suhu bilik
- Inti – ikut selera masing2. Cth: kacang merah, gula melaka, kacang tanah dll.
- Untuk air syrup: Air secukup nya, gula batu/gula melaka/gula pasir, daun pandan, secebis hirisan halia.
CARA PENYEDIAAN
- Dengan sudu kayu, gaulkan tepung dengan 1/2 cup air panas sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan 1 cup air suhu bilik sedikit2 sambil gaul. Uli dengan tangan sehingga menjadi doh.
- Uli sehingga doh tak melekat pada tangan. Tambahkan sedikit tepung jika masih melekit. Bahagikan kepada 3 bahagian untuk mewarnakan mengikut citarasa. saya menggunakan pandan paste, warna pink, dan satu bahagian biar warna asal.
- Uli lagi sehingga warna pada doh sebati. Selepas itu bolehlah memulakan proses uli bebola dan masukkan inti. Buat hingga habis. Saya masukkan inti kacang merah, dan pandan kaya.
- Rebuskan bebola dalam air yg sedang mendidih. bila dah masak, bebola akan timbul dan terapung. Angkat dan pindahkan kedalam air sejuk (air minum) sebentar. Langkah ini adalah untuk menyejukkan dan supaya bebola tak terlalu masak (overcooked) dan tekstur bebola lebih kenyal dan sedap.
- Untuk air syrup. Masukkan lebih kurang 1 liter air dan masak dengan gula batu atau gula melaka bersama sehiris halia dan daun pandan. Rasa manis mengikut suka. Saya suka syrup yg manis.. Hidang bebola bersama dengan air syrup yg telah sejuk. Lepastu silakan lah glurrrp…
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.