kek keju yang lembut seakan-akan puding di dalamnya…sesuai untuk yang meminati keju.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Sakura Double-Chocolate Cheese Cake™

kek keju yang lembut seakan-akan puding di dalamnya…sesuai untuk yang meminati keju.

BAHAN-BAHAN

  • 250 g krim keju
  • 220 ml susu segar perisa choc.
  • 100 g mentega – lembut
  • 2 sb serbuk koko
  • 4 sb susu panas
  • 70 g tepung gandum*- diayak
  • 20 g tepung jagung* – diayak
  • 60 g gula halus*
  • 6 biji kuning telur*
  • 6 biji putih telur
  • 60 g gula halus
  • 1/4 sk cream or tartar
CARA PENYEDIAAN
  • Keju dan susu segar dimasak secara double-boil hingga cair.Matikan api dan masukkan mentega,kacau rata hingga mentega cair dan biarkan adunan ini betul2 sejuk.Ketepikan.
  • Panaskan oven pd suhu 150C.Loyang dialas kertas,sapu mentega dan tabur tepung sekelilingnya.Bancuh serbuk koko dan susu panas hingga larut dan sejukkan.
  • Masukkan bahan2 bertanda * kedalam adunan keju dan kacau dengan hand whisk hingga sebati.Masukkan pula campuran koko dan kacau lagi.
  • Dalam mangkuk mixer,pukul putih telur,gula dan cream of tartar hingga pekat.
  • Masukkan campuran putih telur ke dalam adunan keju dan kaup balikkan hingga adunan sebati.
  • Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disediakan dan ratakan.
  • Bakar di dalam oven secara steam bake = gunakan dulang yang berisi air panas dan letakkan loyang yang berisi adunan kedalam dulang tadi dan bakar dgn suhu 150C selama 1 1/2 jam.
  • Setelah masak, balikkan dan sejukkan kek di atas redai kek.
  • Siap untuk dipotong dan dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN