Ubi kayu adalah bahan makanan yang boleh digunakan dalam pelbagai hidangan. Jika anda membeli ubi mentah tetapi tidak habis, jangan risau! Ada petua penyimpanan yang boleh memastikan ia tetap segar.
Untuk memastikan ubi tahan lama, anda perlu menyimpannya dengan cara yang betul. Berikut adalah petua oleh Isliyana Ismail untuk menyimpan ubi agar tetap segar hingga 2 minggu.
Dengan mengikuti langkah-langkah yang mudah ini, anda tidak perlu risau tentang ubi yang cepat rosak, dan boleh gunakannya bila-bila masa anda inginkan.
Baca juga: Cara Simpan Serai Tahan Lebih Lama, Berbulan-Bulan Masih Harum & Segar!
CARA SIMPAN UBI KAYU AGAR TAHAN LAMA
1. Kupas Ubi Kayu
Pertama, kupas kulit ubi dengan pisau tajam. Pastikan semua kulitnya dibuang.
2. Basuh Bersih
Basuh ubi di bawah air mengalir untuk menghilangkan kotoran dan getah.
3. Potong Ubi Kayu Dan Masukkan Dalam Bekas
Potong ubi kepada saiz yang sesuai dan masukkan ke dalam bekas kedap udara.
4. Isi Air Tapis
Tuang air tapis ke dalam bekas hingga ubi tenggelam sepenuhnya. Ini membantu menjaga kesegarannya.
5. Simpan Di Dalam Chiller Peti Ais
Simpan bekas di chiller peti ais untuk mengekalkan kesegaran.
6. Gantikan Air Setiap 2 Hari
Gantikan air dalam bekas setiap 2 hari untuk memastikan ubi tidak rosak.
Kredit: Isliyana Kambali
Baca juga: Cara Simpan Udang Siap Kupas, Bila Nak Masak Tetap Segar & Kenyal