talam keladi berlauk udang

Kuih talam keladi berlauk udang ini tergolong dalam kuih talam jenis ‘savoury’ yang sedikit tawar. Justeru, ia amat lazat jika dihidangkan bersama dua jenis sos istimewa yang disediakan dalam resipi ini.

Selain itu, resipi ini menghasilkan jumlah yang cukup banyak, sesuai untuk hidangan keluarga atau majlis kecil. Resipi asal ini menggunakan loyang bersaiz 10x10x2 inci, menghasilkan sekitar 60 hingga 64 biji dalam acuan lompang kecil.

Jika anda ingin membuat dalam kuantiti yang lebih kecil, separuh daripada resipi ini boleh digunakan bersama loyang 7x7x2 inci, yang menghasilkan sekitar 30 hingga 32 biji acuan lompang kecil.

Nak tahu bagaimana rasanya? Jom ikut resipi yang cukup menarik dari tak lain tak bukan, Cik Puan Noor Ashikin Saerah yang dikongsikan menerusi laman sosial Facebook milik beliau.

Baca lagi: Cara Buat Kerepek Peria Yang Rangup, Syok Makan Sebab Tak Pahit Langsung!

RESIPI KUIH TALAM KELADI BERLAUK UDANG BERSAMA SOS CILI & SOS KICAP TAUCU

talam keladi berlauk udang

Inti/Lauk Udang

  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar udang kering, dicincang atau ditumbuk
  • 400 gram (2 cawan) udang, dicincang kasar
  • 2 tangkai cili merah, dihiris
  • ½ cawan daun sup, dihiris (tambahan untuk hiasan)
  • ½ cawan daun bawang, dihiris (tambahan untuk hiasan)
  • ⅔ cawan bawang goreng (dari 10 ulas bawang kecil) + ekstra untuk hiasan

Adunan Tepung

  • 400 gram (2 cawan) keladi, dikupas dan dipotong dadu
  • 1320 ml (5⅓ cawan) santan sederhana pekat
  • 300 gram (2 cawan) tepung beras
  • 60 gram (6 sdb) tepung jagung
  • 60 gram (6 sdb) tepung gandum
  • 2 sudu teh garam

Sos Cili

  • 5 biji cili merah
  • 5 biji cili padi merah
  • 1 cawan air
  • ¼ cawan gula perang
  • Secubit garam
  • Jus dari 1-2 biji limau nipis
  • 1½-2 sudu besar tepung jagung + ½ cawan air (bancuhan)

Sos Kicap Taucu

  • 2 sudu besar taucu
  • 1 cawan air
  • ¼ cawan gula perang
  • 2 sudu besar kicap masin
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar tepung jagung + ¼ cawan air (bancuhan)

Cara Penyediaan:

Inti/Lauk Udang

1. Panaskan sedikit minyak masak, kemudian tumis udang kering dan udang segar hingga udang berubah warna kemerahan. Jika ada air berlebihan, tapis dan buang.

2.Campurkan udang yang telah digoreng bersama cili merah, daun sup, daun bawang, dan bawang goreng. Ketepikan.

Adunan Tepung

1. Kukus atau rebus keladi yang telah dipotong kecil sehingga empuk, kemudian ketepikan.

2. Panaskan santan hingga suam (tidak perlu mendidih).

3. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, garam, dan santan suam. Kacau hingga sebati menggunakan pemukul telur atau ‘whisk’. Tapis adunan jika terdapat ketulan yang tidak larut.

4. Masukkan keladi yang telah dikukus bersama inti/lauk udang ke dalam adunan tepung. Kacau rata.

5. Sapu sedikit minyak pada acuan lompang, kemudian isikan adunan kuih ke dalam acuan sebanyak 3-4 sudu besar setiap satu.

6. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.

7. Setelah masak, biarkan kuih sejuk selama 1½-2 jam sebelum dikeluarkan dari acuan. Taburkan daun sup, daun bawang, dan bawang goreng di atas kuih sebelum disajikan bersama sos.

talam keladi berlauk udang

Penyediaan Sos Cili

1. Kisar cili merah, cili padi, dan air hingga halus.

2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama gula perang, garam, dan jus limau nipis. Masak hingga mendidih dan bau cili hilang.

3. Tambahkan bancuhan tepung jagung, kacau hingga sos pekat dan mendidih sekali lagi. Tapis sos dan sejukkan.

Penyediaan Sos Kicap Taucu

1. Kisar taucu dengan air hingga halus.

2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama gula perang, kicap masin, dan kicap manis. Masak hingga mendidih.

3. Tambahkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga sos pekat. Tapis sos dan sejukkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Noor Ashikin Saerah

Baca lagi: Resipi Kuah Kacang Cicah Cucur Udang, Cara Sangat Ringkas & Senang!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN