Kalau anda sedang mencari lauk ringkas tapi sedap untuk makan tengah hari, resipi telur air asam ini memang kena cuba! Kombinasi telur rebus dengan kuah asam yang pedas, masam dan penuh rasa, memang buat makan bertambah.
Sediakan telur rebus yang masak elok, gabungkan dengan air asam yang mantap dan nikmati bersama nasi panas. Memang tak cukup sepinggan!
Jom baca resipi penuh di bawah ini yang dikongsikan oleh Cik Puan Rara Zabidin
Baca lagi: Tauhu Begedil Anti Gagal, Guna Tepung ‘Ini’ Untuk Kesan Rangup Luar Biasa!
RESIPI TELUR AIR ASAM
Bahan-bahan:
- Telur ayam
- Air
Cara penyediaan telur rebus:
1. Basuh telur bersih-bersih sebelum masukkan ke dalam periuk.
2. Pilih periuk yang sesuai, saiznya tak terlalu besar supaya telur mudah masak dan tidak bergerak banyak semasa direbus.
3. Masukkan air sehingga paras air dan telur sama rata.
4. Buka api paling besar dan set masa 7 minit untuk mendapatkan telur rebus yang masak cantik. Pastikan tidak lebih atau kurang dari 7 minit untuk hasil yang sempurna
5. Setelah cukup 7 minit, angkat telur dan segera bilas di bawah air paip. Ini akan membantu mengupas kulit telur dengan mudah dan membuat permukaannya licin dan cantik. Kupas dan toskan.
Bahan-bahan untuk air asam:
- Cili padi
- Bawang besar
- Tomato
- Asam jawa
- Garam secukup rasa
- Ajinomoto secukup rasa (pilihan)
Cara penyediaan air asam:
1. Dalam mangkuk, larutkan asam jawa dengan sedikit air suam. Kacau hingga menjadi jus asam yang pekat dan sebati.
2. Masukkan cili padi, bawang besar, dan tomato yang sudah dihiris atau dicincang.
3. Tambahkan garam dan ajinomoto secukup rasa. Kacau hingga semua bahan betul-betul sebati. Biarkan seketika untuk memastikan semua rasa bercampur dengan baik.
4. Ambil telur rebus yang telah dikupas, potong dua atau empat ikut suka, dan susun dalam mangkuk atau pinggan yang sesuai.
5. Tuangkan air asam yang telah disediakan tadi ke atas telur.
6. Biarkan selama 10-15 minit sebelum dihidangkan. Waktu ini membolehkan telur menyerap rasa asam, pedas, masin, dan sedikit manis dari air asam tersebut.
Sumber: Rara Zabidin
Baca lagi: Cara Celur Mihun Yang Betul, Barulah Cantik Elok Dan Tak Putus