Mihun merupakan makanan yang sering digunakan dalam pelbagai hidangan, tidak kira sama ada masakan berasaskan sup mahupun goreng. Namun, untuk mendapatkan mihun yang cantik dan tidak putus, tentulah dengan cara celur bihun yang betul.
Mencelur mihun dengan betul sangat penting kerana ia menentukan tekstur ketika dimasak. Ini kerana, apabila celur dengan cara yang tepat, ia sekali gus menghasilkan mihun yang lembut dan kenyal.
Namun begitu, tidak dinafikan ramai yang menghadapi masalah apabila mihun yang dimasak menjadi putus atau terlalu lembik. Ini sering berlaku mungkin disebabkan oleh masa rendaman yang terlalu lama atau suhu air yang tidak sesuai.
Oleh itu, kami ingin berkongsi beberapa tips dan langkah mudah untuk memastikan mihun anda tidak putus dan cantik elok selepas dicelur.
Jom kita lihat cara-caranya yang betul di bawah.
Baca juga: Mihun Rebus Sedap Ada Rahsianya, Rupanya Kena Kisar Bahan Ini
CARA CELUR BIHUN SUPAYA CANTIK ELOK DAN TAK PUTUS
Berikut merupakan tips celur mihun:
- Rendam mihun dengan air paip selama 20 minit atau lebih sedikit pun tak apa.
- Selepas itu, masak air hingga mendidih, kemudian tutup api. Masukkan mihun yang direndam tadi dan biar sekejap untuk ia kembang, dalam 5 minit atau kurang.
- Kemudian, toskan dalam penapis dan cuci mihun. Toskan air dan siap!
Kredit: Raniah Dan Dayyan
Baca juga: Tips Goreng Mihun Supaya Tak Hancur, Lembut Elok & Tahan Sampai Malam