resepi cheesekut

Apabila ditanya tentang pencuci mulut paling senang dibuat di rumah, semestinya ramai akan jawab resepi Cheesekut Aiskrim yang sangat gebu dan berlemak manis.

Ramai yang sukakan resepi Cheesekut Aiskrim ini sampaikan ada juga peniaga yang menjualnya secara online kerana ia tak perlukan banyak bahan untuk membuatnya.

Hanis Zainol telah kongsikan resepi Cheesekut Aiskrim di Facebook yang dibuat dengan air tangannya sendiri dan ia sememangnya nampak sungguh menyelerakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Biskut Cornflakes Tak Payah Bakar, Guna 3 Bahan Tapi Rangup Bukan Main

RESEPI CHEESEKUT AISKRIM

resepi cheesekut

Bahan-bahan:

  • 250gm creamcheese
  • 400gm aiskrim vanilla (timbang semasa beku ya, jika timbang semasa cair, aiskrim tak berat)
  • Susu pekat secukup rasa
  • Susu full cream
  • Biskut marie

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, sediakan bekas dan masukkan creamcheese, kemudian putar pakai mixer sampai jadi gebu.

2. Selepas itu, masukkan 2 sudu besar susu (jika tak manis, masukkan sehingga cukup rasa) dan mixkan lagi.

3. Kemudian, masukkan aiskrim vanilla pula dan mixkan sampai cheese tak berketul.

4. Seterusnya, sediakan bekas dan susu full cream untuk celup biskut marie.

5. Ambil biskut marie dan celup sekejap saja dalam susu full cream, kemudian masukkan dalam bekas yang disukai (saya pakai saiz 250oz).

resepi cheesekut

6. Setelah itu, masukkan adunan cheese tadi dan kepakkan biskut kepada dua, kemudian celup macam yang pertama tadi dan letakkan adunan cheese tadi.

7. Selanjutnya, kepakkan biskut marie kepada dua dan susun bertentangan pula supaya apabila makan cheesekut, terasa biskut marie tersebut.

8. Ulang langkah yang sama sampai bekas jadi penuh dan letaklah topping yang disukai (saya letak oreo, saya beli oreo yang paket panjang, kemudian buang cream putih, tumbuk dan jadilah serbuk oreo).

9. Akhir sekali, boleh sejukkan dalam peti selama beberapa jam. Siap untuk dinikmati!

Resepi Cheesekut Aiskrim ini pasti buatkan anda sekeluarga terasa puas menikmatinya di rumah dan pencuci mulut ini sangat sedap dan segar dimakan sejuk-sejuk.

Selamat mencuba!

Sumber: Hanis Zainol

Baca juga: Cara Buat Puding Coklat Cream-O Yang Cantik Menawan, Serius Menjadi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN