untuk keluarga kecil..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pau Mama

untuk keluarga kecil..

BAHAN-BAHAN

  • 3 cawan tepong gandum ( 300gm )
  • 1 cawan + 1 sudu makan lagi air suam
  • 1 sudu kecil membumbung planta
  • 1 sudu makan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil gula pasir
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 2 sudu kecil mauripan
  • Plastik/ daun pisang
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan air suam, gula, garam dan mauripan. Biarkan sebentar sehingga ibu roti naik.
  • Dalam mangkok. masukan tepong, planta dan susu. Ramas sehingga rata.
  • Masukkan yis, uli hingga menjadi doh kemudian masukkan minyak masak, uli lagi sehingga sekata.
  • Kemudian hempas adunan sebanyak 21 kali..ketepikan dan tutup adunan selama 10 ke 15 minit. Sementara itu siapkan pelapik pau, daun pisang atau plastik yang di potong 4 segi.
  • Apabila adunan dah naik ambil sedikit adunan, leperkan, isi inti yg di sukai, tutup, letak atas daun pisang atau plastik yg di potong tadi.
  • Buat begitu sehingga habis. Susun dalam kukusan. Biarkan selama 10 minit. Buat adunan sedikit, kena ambil masa sikit.
  • Panaskan kukusan. Api besar ( dapur gas biasa )
  • Apabila air dah mendidih, letakkan bahagian kukusan yg ada pau tadi tu..kukus selama 5-6 minit aje..
  • Bila dah masak, angkat kukusan yg ada pau tu dengan penutupnya sekali, kebawah. Buka penutup, cepat2 keluarkan pau dan susun di atas surat khabar bagi mengeringkan air yg terdapat pd pau..
  • Makan time panas2 ni..tak ingat org di belakang..
  • Kalau nak buat pau goreng, guna api pelahan, sentiasa balik2kan supaya masak sekata. Bila dah perang, bolihlah di angkat..yg ni tak bolih makan panas2, nanti melecur lak mulut tu..tunggu suam sikit le..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN