kek buruk

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa di media sosial selepas menerima kek buruk yang jauh berbeza daripada apa yang diharapkan, walaupun telah membayar harga tinggi.

Dalam hantaran di Facebook oleh Nurul Syuhada, dia berkongsi bahawa dia telah menempah kek bernilai RM300 dengan rekaan elegan yang sesuai dengan tema bank terkenal untuk majlis di pejabatnya.

Baca juga: “Terkedu Tengok Harga..” – Nasi Lemak Bernilai RM410 Ini Buat Netizen Tergamam!

RASA SEDAP, TAPI KEK BURUK!

Namun, hasil yang diterimanya langsung tidak menyerupai rekaan asal. Kek tersebut bukan sahaja kelihatan ‘tidak kemas’, tetapi hiasannya juga jauh dari jangkaan.

“Kalau nak berniaga, berniaga lah dengan betul. Jangan ‘pedajal’ orang lain. Saya pun berniaga juga. Rasa kek dia sedap tapi rupa dia tu,” luahnya di ruangan kapsyen.

Dia juga mengkritik pembuat kek yang menambah hiasan berupa cucuk belon, yang dianggapnya tidak sesuai untuk majlis korporat dan lebih mirip kepada majlis kanak-kanak.

“Rasa dia sedap sebab guna keju premium tapi bab hiasan tu memang ke laut. Kita ni budak seni, nak seiring sedap dan lawa begitu lah. Kita memang nak benda cantik, tipu lah kalau tak nak cantik,” tambahnya.

kek buruk

Hantaran tersebut menarik perhatian netizen yang menyatakan simpati dan sokongan kepada Nurul Syuhada.

“Jauh beza. Sebelum tu, dia memang cakap dia boleh buat sama macam dalam gambar ke?,” komen Maisara Natasha.

“Ni bukan kek Maybank, ni kek mubeng,” ujar Faiz Saleh.

“Kenapa tak cakap awal-awal pada pembeli, kalau tak boleh buat sama macam gambar? Dah macam nak untung je. Hasil cantik ke tidak, tolak tepi ni,” kata Hwani Jamari.

Sumber: Nurul Syuhada Jamro

Baca juga: Tular Video Peniaga Basuh Kuali Roti Canai Guna Air Longkang, Kembang Tekak Dibuatnya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN