nasi ayam faveret family…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Ayam Cik Ruby

nasi ayam faveret family…

BAHAN-BAHAN

  • 3 tin beras (sukatannya ikut tin susu cair)
  • 1 ½ ekor ayam (1 ekor ayam belah 4)
  • 2-3 ulas bawang putih & ½ inci halia (ditumbuk untuk jadi bahan perap)
  • 1 paket sup bunjut ADABI
  • ½ inci halia diketuk
  • air secukupnya
  • kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga (x byk, juz nk bagi wangi)
  • sehelai daun pandan (basuh & simpulkan)
  • sos tiram
  • stock ayam Maggi
  • kicap pekat & manis
  • ** 4 ulas bawang merah
  • ** 3 ulas bawang putih
  • ** 1/2 inci halia
  • (bahan bertanda ** dimayang halus)
  • 3 sudu cili kering yang dikisar @ cili boh
  • 1-2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 sudu besar gula
  • ½ cawan air
  • Bahan hiasan
  • daun sup & bawang
  • daun salad
  • tomato
CARA PENYEDIAAN
  • Basuh beras hingga bersih dan toskan
  • Rebus ayam hingga mendidih. Toskan ayam
  • Goreng separuh dari bahan ** hingga garing, ketepikan
  • Masukkan 4 tin air rebusan ayam ke dalam lebihan minyak tadi
  • Tuang No. [4] ke dalam rice cooker. Masukkan sesudu stock ayam Maggi, garam sedikit dan daun pandan, biarkan mendidih. Masukkan beras dan masak nasi seperti biasa
    (note : daun pandan bertujuan untuk wangikan nasi)
  • Perap ayam tadi dengan sos tiram, stock ayam Maggi, kicap pekat, bawang putih dan halia selama 45 minit atau lebih
    (note : lagi lama lagi sedap coz bahan perap tu meresap ke dalam ayam)
  • Goreng ayam tadi sebentar. Angkat dan potong ikut suka. Zai suka goreng dulu baru potong coz isi ayam tu rase moist skit n x terlalu kering. Terpulang pada individu nk potong mcmana
  • Sup (lebihan air rebusan ayam tadi): Tumis lebihan bahan ** bersama kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga. Goreng hingga naik bau. Masukkan lebihan air rebusan ayam tadi, sup bunjut Adabi, garam dan lada sulah. Biarkan mendidih. Boleh dihidang dengan daun sup, daun bawang dan bahan goreng (bahan ** tadi)
  • Untuk sos : Satukan cili kering, bawang putih, gula dan sedikit air. Masak hingga pekat
  • Untuk kicap : Satukan sesudu kicap pekat & manis dengan sup ayam tadi
  • Nasi ayam boleh dimakan dengan daun salad & tomato
  • Selamat mencuba….. 0:)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN