Daun salom boleh juga digantikan dengan pucuk paku (dicelur) + tauge
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kerabu salom
Daun salom boleh juga digantikan dengan pucuk paku (dicelur) + tauge
BAHAN-BAHAN
- * 1 labu bawang besar / 3 ulas bawang merah
- * 2 ulas bawang putih
- * 2 inch cekur
- * sedikit belacan (dibakar sekejap)
- * 6 biji cili padi (boleh + jika mahu pedas)
- * sedikit bilis
- 100 gram kelapa parut
- secubit garam/gula
- seikat daun salom
CARA PENYEDIAAN
- Satukan kesemua bahan * dan diblend kering / tumbuk lumat
- Masukkan no.1 kedalam kelapa parut dan digaul rata.Perasakan ngan secubit garam dan gula
- Goreng tanpa minyak dengan api perlahan sehingga semua sebati n kelapa agak kering.Kacau slalu untuk mengelakkan sambal menjadi hangit.
- Sambal kelapa yang siap, boleh diisi ke dalam bekas.Ketepikan.
- Potong daun salom.Masukkan sambal yang telah siap tadi.gaul sebati dan sedia dihidang bersama nasi putih n lauk pauk yang lain.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.