makanan tradisional india

Deepavali atau Diwali, adalah hari yang penuh keceriaan dan kemeriahan bagi masyarakat India. Ketika sambutan ini tiba, pelbagai makanan tradisional India yang lazat pasti menghiasi meja. Dari manisan yang manis hingga hidangan yang pedas, setiap sajian membawa makna tersendiri.

Jom kita lihat tujuh makanan tradisional India yang pasti menjadi bintang di meja hidangan sempena perayaan Deepavali ini!

Baca juga: Resipi Gulab Jamun, Manisan India Ini Sangat Lembut & Cair Dalam Mulut!

7 MAKANAN TRADISIONAL INDIA SEMPENA DEEPAVALI

1. Idli

makanan tradisional india

Idli adalah kuih tradisional yang berasal dari India. Terdapat pelbagai jenis idli, seperti sanna, rave, atau sambar idli. Ia boleh dimakan sebagai sarapan atau makanan ringan. Bahan utama untuk membuat idli adalah vigna mungo dan nasi.

2. Laddu

makanan tradisional india

Laddu adalah manisan berbentuk bola yang terbuat dari tepung, lemak sapi, dan gula. Nama manisan ini berasal dari perkataan Sanskrit, “Lattika.” Lazimnya, laddu disajikan pada majlis perayaan atau acara keagamaan.

3. Uttapam

Uttapam adalah hidangan khas dari India yang menyerupai pancake. Ia hampir sama dengan tosai, tetapi lebih tebal. Namun, tidak semua kedai India atau mamak menyajikan uttapam ini.

4. Nasi Daun Pisang

makanan tradisional india

Nasi daun pisang adalah makanan tradisional India yang masih popular hingga kini. Masyarakat India sering menggunakan daun pisang sebagai alas untuk menggantikan pinggan. Nasi ini dihidangkan bersama pelbagai jenis sayuran, kari ikan atau daging, jeruk, dan papadom.

5. Murukku

makanan tradisional india

Murukku adalah salah satu makanan tradisional masyarakat India yang sangat terkenal di Malaysia. Nama murukku sahaja sudah cukup untuk membuatkan ramai orang mengenalinya dan mungkin pernah mencubanya. Selain menjadi hidangan kegemaran semasa Deepavali, murukku juga dihidangkan pada Hari Raya Aidilfitri.

6. Panipuri

Bagi peminat filem Hindi atau Tamil, pasti anda pernah melihat makanan yang dipanggil Pani Puri. Ia adalah salah satu hidangan tradisional India yang sangat popular. Gabungan rasa manis, masam, dan pedasnya memang membuatkan anda ketagih! Teksturnya yang rangup juga sangat sedap, sehingga makan satu pun pasti tidak cukup.

7. Tosai

Siapa yang tidak pernah menikmati tosai? Jika anda singgah di kedai mamak, tosai pasti menjadi salah satu pilihan popular, termasuk dalam kalangan masyarakat Melayu. Terdapat pelbagai jenis tosai, seperti tosai bawang, telur, rawa, dan ghee. Hidangan ini biasanya dinikmati dengan sambal kelapa, kari kambing, atau kari ayam.

Ada yang pernah cuba semua makanan India yang tersenarai di atas? Kongsikan di ruangan komen hidangan yang mana satu paling kalian suka. Happy Deepavali!

Sumber: Says

Baca juga: Cara Buat Snek Omapodi, Jajan Wajib Ada Bila Sambut Deepavali

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN