gulai ikan keli timun

Gulai ikan keli timun merupakan hidangan gulai yang bukan sekadar biasa kerana kombinasi ikan keli dan timun menjadikannya lebih unik dan berbeza daripada gulai harian.

Jika orang Kedah atau Perlis, memang biasa letak timun dalam gulai, tetapi di Pulau Pinang, ia mungkin sedikit pelik. Resipi ini sesuai bagi yang gemar mencuba rasa asli kampung, tidak terlalu pekat, tetapi tidak juga terlalu cair.

Jom lihat resipi penuh bersama tips tambahan di bawah.

Baca lagi: Resipi Gulab Jamun, Manisan India Ini Sangat Lembut & Cair Dalam Mulut!

RESIPI GULAI IKAN KELI TIMUN

Bahan-bahan

Bahan utama:

  • 1 kg ikan keli, dibersihkan
  • 5-6 sudu besar rempah kari ikan (disarankan guna jenama Baba’s)
  • 1 kotak kecil santan

Bahan tumis:

  • 1-2 biji bawang besar, dihiris
  • 6 ulas bawang putih, dihiris
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil halba campur

Bahan lain:

  • 2 biji tomato, dipotong
  • 1 batang timun, dihiris
  • 1/2 biji bawang besar, dihiris tebal
  • Garam secukupnya
  • Serbuk perasa (jika suka)
  • Asam jawa secukupnya

Cara Penyediaan:

1.  Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian tumis semua bahan tumisan (bawang besar, bawang putih, daun kari, dan halba campur) hingga naik bau dan kekuningan.

2.  Bancuh rempah kari ikan dengan sedikit air sehingga menjadi pes. Kemudian masukkan ke dalam kuali dan tumis sehingga rempah benar-benar pecah minyak.

3. Masukkan air secukupnya mengikut kepekatan kuah yang anda inginkan. Kemudian masukkan sedikit air asam jawa untuk menambah rasa masam-masam dalam gulai.

4.  Biarkan kuah mendidih terlebih dahulu, kemudian masukkan hirisan timun dan masak seketika (sekitar 1-2 minit). Selepas itu, masukkan ikan keli yang telah dipotong dan dibersihkan.

5. Tuangkan santan ke dalam gulai dan kacau perlahan sehingga kuah hampir mendidih. Tambahkan garam dan serbuk perasa mengikut citarasa.

6. Akhir sekali, masukkan hirisan tomato dan bawang besar. Masak sehingga kuah mendidih sekali lagi dan rasa kuah untuk memastikan secukup rasa.

Tips:

  • Untuk rasa yang lebih menyerap, biarkan gulai mereneh seketika dengan api perlahan sebelum dihidangkan.
  • Timun dalam gulai ini akan lembut dan menyerap rasa kuah, memberikan tekstur yang sedap apabila digigit.

Selamat mencuba!

Sumber: Tunku Puteri Baizura

Baca lagi: Resipi Asam Pedas Ikan Siakap, Sajian Pedas Memikat Hati Bakal Mentua!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN