sambal telur

Resepi sambal telur rebus dengan ikan bilis ini adalah hidangan yang mudah dan cepat disediakan. Sesuai untuk makan tengah hari, atau makan malam, hidangan ini pasti memikat selera seisi keluarga.

Bukan itu saja, menu ini cukup sedap dimakan dengan nasi putih panas. Tak perlu lauk lain, ada satu lauk ini pun sudah membangkitkan selera. Jika ada yang terliur nak cuba, boleh lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh Puan Aisha Shukor. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Telur Masak Bawang, Menu Jimat Tapi Sedap Bukan Main!

RESEPI SAMBAL TELUR REBUS IKAN BILIS

sambal telur

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur rebus
  • Minyak masak
  • Garam halus (secukup rasa)
  • 100g ikan bilis
  • 5-6 biji cili kering
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Gula (secukup rasa)
  • 1 sudu besar sos cili

Cara memasak:

  1. Rebus telur hingga masak, kemudian kupas kulitnya.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tambah sedikit garam halus supaya telur tidak melekat.
  3. Goreng telur hingga garing di kedua-dua belah, kemudian angkat.
  4. Dalam minyak yang sama, goreng ikan bilis hingga garing, kemudian angkat.
  5. Tumbuk cili kering, bawang merah, dan bawang putih hingga halus.
  6. Tumis bahan yang ditumbuk hingga garing.
  7. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  8. Masukkan sos cili dan kacau hingga sebati. Tidak perlu tambah asam keping atau asam jawa.
  9. Setelah sambal garing, tutup api dan biarkan selama satu atau dua minit untuk menghilangkan wap panas.
  10. Masukkan telur dan ikan bilis ke dalam sambal, kemudian balik-balikkan sehingga semua bahan mesra.
  11. Siap untuk dihidangkan.
  12. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Aisha Shukor

Baca juga: Sambal Ikan Bilis Rangup Guna 3 Bahan, Sedap Sampai Sorok Tak Nak Kongsi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN