resipi bihun goreng

Hujung bulan ini kalau anda sudah bosan dengan lauk serta nasi, boleh cuba resipi bihun goreng ini. Menariknya, resipi bihun ini adalah sejenis kenyal dan panjang, bukan hancur.

Selain itu, untuk bagi bihun rasa seakan-akan di kopitiam anda perlu menambah sedikit minyak bijan ketika memasak menu ini.

Jom kita tengok resipi lengkap perkongsian Cik Puan Shida Razak KC di bawah.

Baca lagi: Bihun Banyak Di Dapur Sampai Tak Habis Guna, Boleh Buat Kuih Bihun Manis Rangup!

RESIPI BIHUN GORENG

Bahan-Bahan:

  • 1 paket bihun (jenama Thailand)
  • 4 biji telur
  • 10 ulas bawang putih
  • 1 senduk atau 1/2 cawan cili kering
  • Sumber protein seperti fish ball, fish cake, ayam, atau daging (ikut citarasa).
  • 2 sudu besar sos tiram.
  • Kicap manis
  • 1-2 sudu besar perahan lemon.
  • Sedikit gula dan garam secukup rasa.
  • 1 kiub ayam.
  • 1-2 sudu besar minyak bijan.
  • Sedikit air untuk masakan.
  • Sayur kegemaran seperti park choy.
  • Cili merah potong dan bawang goreng (untuk hiasan).
  • Cili padi potong (jika suka pedas).

Cara-Cara:

1. Rendam bihun dalam air paip selama sekurang-kurangnya 1 jam hingga lembut.

2. Sediakan scrambled eggs dari 4 biji telur, kemudian ketepikan.

3. Tumis bawang putih cincang dalam minyak sawit hingga naik bau.

4. Masukkan cili kering kisar bersama ikan bilis dan tumis hingga pecah minyak.

5. Tambah sumber protein pilihan seperti fish ball, fish cake, ayam, atau daging.

6. Masukkan 2 sudu besar sos tiram dan sedikit air, kemudian kacau rata.

7. Masukkan kicap manis mengikut selera dan perahan lemon dalam 1-2 sudu besar.

8. Tambah sedikit gula, garam, dan 1 kiub ayam.

9. Apabila bahan protein sudah masak, masukkan bihun yang telah direndam. Tambah air sedikit saja, jangan sampai tenggelam bihun. Air hanya perlu berada di paras bawah bihun.

10. Tambahkan 1-2 sudu besar minyak bijan dan kacau bihun sehingga semua bahan sebati.

11. Masukkan scrambled eggs tadi dan kacau dengan perlahan-lahan. Biarkan seketika sebelum kacau semula untuk memastikan bihun masak rata.

12. Akhir sekali, masukkan sayur kegemaran seperti park choy dan kacau hingga sayur lembut.

13. Setelah bihun kenyal, lembut, dan air telah kering, tutup api.

Sumber: Shida Razak KC

Baca lagi: Cara Masak Bihun Sup Utara Paling Senang, Tak Renyah Banyak Bahan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN