Mana ada orang yang tak kecewa setelah melihat pau yang sudah dikukus menjadi kecut dan tak cantik. Jangan risau, kami ada beberapa tips kukus pau untuk anda cuba di rumah.
Kuih pau atau nama asalnya baozi berasal dari negara China dan dicipta selepas wujudnya mantou iaitu sejenis ban kosong yang dikukus tanpa inti di dalamnya.
Seiring zaman moden, pelbagai variasi pau berinti yang dihasilkan seperti kacang merah, ayam, daging, kelapa dan banyak lagi. Selain itu, terdapat juga pau dalam versi goreng yang rangup.
Dalam banyak-banyak jenis pau, semestinya pau kukus menjadi pilihan di hati ramai orang. Namun, tak semua orang tahu cara kukus pau yang sempurna.
Kali ini, kami nak kongsikan kepada anda tentang tips kukus pau supaya hasilnya menjadi cantik dan tak kecut. Jom kita tengok!
Baca juga: Tips Kuah Mee Kari Yang Sedap, Wanita Ini Kongsi Rahsia Dari Air Tangan Ibunya
TIPS KUKUS PAU SUPAYA CANTIK DAN TAK KECUT
1. Balut penutup pengukus supaya air tak menitik kena pau.
2. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih sebelum mengukus.
3. Jangan kukus terlampau lama. Jika saiz biasa, sekitar 7 minit saja.
4. Jangan overproofing (rehatkan doh terlalu lama). Jika sudah kembang satu kali ganda, boleh terus kukus.
5. Tak perlu banyak kali buka tutup pengukus semasa mengukus.
6. Semasa nak angkat pau, angkat sekali bahagian pengukus dan keluarkan letak dalam bekas lain.
Bukan setakat untuk mereka yang minat buat pau, malah tips kukus pau ini sesuai untuk orang yang baru belajar masak. Jika anda salah seorang daripadanya, maka tips ini memang berbaloi untuk dipraktikkan nanti.
Dengan tips kukus pau yang berguna ini, kami yakin anda pasti akan puas hati setelah melihat hasilnya. Selepas ini, tiadalah masalah kejadian pau yang tak cantik dan kecut lagi.
Semoga bermanfaat!
Sumber: NorbayaDahalan
Baca juga: Resepi Pau Gebu Anti Kedut, Kukus Sepantas 5 Minit Dapat Hasil Sempurna!