Resipi kuih bakar pandan yang kami akan kongsikan hari ini merupakan antara kuih tradisional yang memang menjadi kegemaran ramai. Kini, dengan adanya air fryer proses memasak jadi lebih mudah dan cepat.
Berikut adalah resipi kuih bakar pandan yang dikongsikan oleh Cik Puan Wan Erni Suria yang menggunakan air fryer, sesuai untuk anda yang mencari cara mudah untuk membuat kuih ini.
Jadi, tak ada lagi alasan tiada ketuhar di rumah! Jom baca resipi penuh di bawah ini.
Baca lagi: Resipi Cinnamon Rolls Guna Air Fryer, Buat Anak Merengek Nak Lagi!
RESIPI KUIH BAKAR PANDAN
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan air daun pandan (kisarkan 2 helai daun pandan dengan air)
- 2 biji telur
- 2 cawan santan (saya gunakan sekotak kecil santan, tambah air dan goncang kotak untuk cukupkan 2 cawan)
- 1 cawan gula (saya gunakan 3/4 cawan untuk kurang manis, ikut selera masing-masing)
- 1 sudu kecil esen vanila
- Sedikit pewarna hijau (jika suka)
- 1 sudu kecil garam (untuk seimbangkan rasa)
- Sedikit bijan (untuk taburan)
Cara Penyediaan:
1. Gunting dua helai daun pandan dan kisar bersama satu cawan air. Kemudian tapis untuk mendapatkan air pandan sahaja.
2. Masukkan air pandan ke dalam blender atau food processor. Tambahkan semua bahan lain – tepung gandum, telur, santan, gula, esen vanila, pewarna hijau (jika suka), dan garam. Kisar sehingga semua bahan sebati.
3. Sapu sedikit butter di dalam loyang untuk mengelakkan kuih melekat.
4. Tuang adunan ke dalam loyang. Jika menggunakan air fryer, bahagikan adunan kepada dua kerana kapasiti air fryer yang kecil.
5. Bakar pada suhu 170°C selama 45 minit. Jika menggunakan oven, boleh gunakan loyang besar dan bakar sekali jalan.
6. Sebelum mula membakar, taburkan sedikit bijan di atas permukaan adunan untuk hiasan.
7. Setelah masak, biarkan kuih sejuk sedikit sebelum dipotong dan dihidangkan.
Selamat mencuba!
Sumber: Wan Erni Suria
Baca lagi: Resipi Mac & Cheese Super Sedap, Cara Mudah Guna 3 Langkah Saja!