kuah mee kari

Setiap kali ke kedai makan dan terlihat menu Mee Kari, biasanya tak fikir panjang dan terus memesannya. Sebenarnya, terdapat tips untuk buat kuah Mee Kari yang sedap tau.

Mee Kari mula dihasilkan di Asia tenggara serta mudah dijumpai di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Jika anda perasan, hidangan ini sudah cukup menjadi simbolik buat Malaysia.

Dengan mi kuning daripada kebudayaan Cina, kari daripada India serta penggunaan santan dan ayam dalam kari yang dipopularkan oleh Melayu, maka terhasillah Mee Kari yang dinikmati sehingga sekarang.

Rusuzaimi Ishak telah kongsikan beberapa tips menarik daripada ibunya untuk menghasilkan kuah Mee Kari sedap di Facebook yang membuat ramai terpegun. Jom kita tengok!

Baca juga: Mee Jawa Dengan Kuah Paling Sempoi, Buat Banyak Kali Pun Tak Jemu

TIPS KUAH MEE KARI YANG SEDAP, PEKAT MELIKAT DAN MELEKAT PADA MEE

kuah mee kari

1. Jika ada bajet lebih, boleh masukkan udang banyak-banyak dalam kuah kari.

2. Jika tiada bajet, memadai beli 5 hingga 6 ekor udang, rebus dan kisar semua bahagian udang termasuk kepala dan kulitnya (kupas kulit dan cabut kepalanya, basuh bersih dan rebus bersama isinya). Isi, kepala dan kulit udang yang direbus dan dikisar akan menjadikan air rebusan udang pekat.

*boleh juga ikut cara kedua ini sekalipun banyak stok udang. Ini bertujuan untuk menjadikan kuah kari lebih ‘manis’ dan terasa ‘udangnya’.

3. Guna rempah kari Baba’s yang bertentangan. Sebagai contoh, untuk kari ayam (sepatutnya guna kari ayam) tapi untuk rasa lebih enak, gunakan kari ikan atau udang.

4. Tambahkan gula batu secukup rasa. Tak perlu tambah apa-apa gula lain. Gula batu akan menjadikan kuah mee lekat pada mee.

kuah mee kari

Setelah menggunakan tips ini, kami yakin anda akan terpegun dengan hasil kuah Mee Kari yang lebih padu dan luar biasa. Susah nak jumpa di tempat lain dengan rasa sedap sebegini.

Selamat mencuba!

Sumber: Rusuzaimi Ishak

Baca juga: Resepi Mee Kari Simple, Cara Ringkas Tapi Kuah Gerenti Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN