jagung bakar

Asyik makan jagung rebus, pasti bosan juga, kan? Terutama untuk budak-budak yang kadang-kadang kurang berminat.  Tapi bila buat jagung bakar berperisa ini, sepinggan boleh habis laju je!

Memang sedap, dan bukan hanya budak-budak je yang suka. mak bapak pun sama naik! Jika ada yang ingin mencuba, boleh lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh Faizah Husain di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Puding Kastard Jagung Super Creamy & Lembut, Sedap Makan Sejuk-Sejuk!

RESEPI JAGUNG BAKAR BERPERISA

jagung bakar

Bahan perap:

  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Sos barbeque
  • Mayonis
  • Planta atau butter
  • Bawang putih tumbuk
  • Serbuk lada hitam
  • Oregano
  • Serbuk paprika (jika ada)
  • Parsli (jika ada)

Cara Penyediaan:

  1. Ambil jagung mengikut jumlah yang diinginkan. Kerat jagung kepada dua dan belah setiap bahagian kepada empat.
  2. Curahkan bahan perap ke atas jagung dan gaul hingga rata.
  3. Perap selama 1 hingga 2 jam agar rasa meresap dengan baik.
  4. Panaskan air fryer (AF) dengan suhu 175°C dan bakar jagung selama 10 minit. Setelah itu, terbalikkan jagung dan bakar lagi selama 5 minit. Jangan terlalu lama, nanti jagung akan kecut.
  5. Jika tiada AF, anda boleh menggunakan kuali granit. Tutup kuali supaya jagung masak sekata, dan gunakan api paling kecil.

Selamat mencuba!

Kredit: Faizah Husain

Baca juga: Guna 3 Jenis TEPUNG Ini, Kuih Kaswi Jagung Akan Jadi Lembut Elok & Menggedik!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN