Resepi mak sendiri

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Belacan Goreng Bintulu

Resepi mak sendiri

BAHAN-BAHAN

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 tangkai cili kering
  • Satu genggam ikan bilis (dibuang perut & tulangnya)
  • Air asam secukupnya
  • Gula & garam secukupnya
  • 4 inci belacan (saya guna belacan asli dari kpg saya dkt Bintulu, Sarawak)
  • Minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Belacan, bawang merah, bawang putih, cili kering & ikan bilis dikisar bersama.
  • Masukkan sedikit minyak di dalam kuali. Pastikan minyak benar2 panas dan barulah dimasukkan bahan yang sudah dikisar tadi.
  • Goreng bahan tadi sehingga naik bau.
  • Masukkan sedikit air asam, gula dan akhir sekali garam sesedap rasa.
  • Goreng sehingga masak kehitaman. Paling senang nak tau dia masak, minyak akan timbul seperti gambar kat atas.
  • Selamat mencuba resepi ini. Paling sedap dimakan bersama ulam-ulaman. Kalau anak saya, makan je bersama nasi putih. Sampai lupa nak makan ayam @ ikan.
  • *** Anak saya yg no 1 tu (pompuan) suka cicah belacan goreng ni dgn roti krakers bulat (masin)…. org swk ckp roti keben. Sampai kita nak berulam pun terkejut tengok belacan dah licin.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN