popia carbonara cheese

Semalam kami lihat ada yang kongsikan tentang Popia Carbonara Cheese di media sosial dan kesedapannya tak sama macam yang biasa dibuat.

Popia adalah sejenis kuih yang boleh disediakan dalam pelbagai cara seperti digoreng dan disira. Paling syok, jika dapat buat Popia Carbonara Cheese yang sedap tak terkata.

Melalui video perkongsian di TikTok, ummisyahirah__ telah tunjukan resipi Popia Carbonara Cheese yang nampak lemak berkrim dan rangup dimakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Popia Pisang Coklat Dengan 5 Bahan, Ringkas Tapi Rasa Macam Kayangan!

RESIPI POPIA CARBONARA CHEESE

popia carbonara cheese

Bahan-bahan:

  • Ayam atau daging kisar
  • Butter unsalted
  • ½ biji bawang besar atau bawang holland
  • 3 ulas bawang putih
  • Sosej
  • Lobak merah
  • Sos cheesy carbonara
  • Susu segar
  • Black pepper atau lada sulah
  • Chilli flakes atau cili padi (bagi pedas-pedas sedikit)
  • Kulit popia Ranggup
  • Bancuhan tepung gandum (untuk lekatkan kulit popia)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, masak sekejap isi ayam atau daging yang telah dikisar atau dicincang. Jika guna kuali jenis yang mudah lekat, boleh letak minyak dahulu.

2. Selepas itu, masukkan butter, bawang putih, bawang besar dan kacau sekejap. Kemudian, masukkan sosej, lobak merah dan kacau lagi.

3. Seterusnya, boleh letak sos cheesy carbonara, susu segar, black pepper atau lada sulah, chilli flakes atau cili padi. Tak perlu garam, gula dan semua perasa sebab dah cukup sedap.

4. Kemudian, masak sampai kuah agak pekat dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dibalut dengan kulit popia nanti.

5. Setelah sejuk, bolehlah mula membalut. Lekatkan di bahagian hujung dengan menggunakan bancuhan tepung gandum.

6. Akhir sekali, boleh goreng dalam minyak yang panas sehingga kekuningan. Angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!

popia carbonara cheese

Perkara paling penting ketika membuat popia adalah kulitnya kenalah rangup bersama inti yang sedap. Jadi, kami cadangkan anda buat Popia Carbonara Cheese di rumah pada hari ini.

Selamat mencuba!

Sumber: ummisyahirah__

Baca juga: Cara Buat Popia Sira Sambal, Ada Tips Supaya Tak Lemau Dan Kekal Rangup!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN