My Style. Rasa berbeza dengan ikan pecik yg biasa terdapat di kelantan.salah satu keunikan resepi ni sebab dier bermadu… bkan bermadu 4 (macam dalam gambar) tapi sebab guner madu asli…..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ikan Percik Bermadu
My Style. Rasa berbeza dengan ikan pecik yg biasa terdapat di kelantan.salah satu keunikan resepi ni sebab dier bermadu… bkan bermadu 4 (macam dalam gambar) tapi sebab guner madu asli…..
BAHAN-BAHAN
- 4 ekor ikan kembung / ikan mata besar / ape² jenis ikan
- 1 inci kunyit hidup
- sedikit garam
- 1 sk madu
- daun pisang /daun kunyit secukupnya – utk bakar ikan
- Bahan-Bahan ( B )
- 1 biji bawang besar
- 5 biji bawang putih
- 1 batang serai
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 1 jari kunyit hidup
- 5 tangkai cili kering
- 15 biji cili padi
- 1 inci belacan
- Bahan-Bahan ( C )
- 300 ml santan pekat (santan kotak pun boleh)
- 200 ml air
- 1 – 2 sb gula (ikut citarasa)
- 1 asam keping
- 2 sb madu
- garam
CARA PENYEDIAAN
- Bahan A (kunyit dan garam) ditumbuk hingga halus.Masukkan madu dan kacau rata.
- Bersihkan ikan. Perap dengan bahan A yang telah ditumbuk tadi lebih kurang 15 minit.
- Alaskan ikan dengan daun pisang atau daun kunyit. Panggang @ bakar ikan yang telah diperap hingga masak. – tak perlu terlalu garing.
- Sementara itu blender halus bahan² B. Kalau rajin bolehlah ditumbuk hingga halus.
- Masukkan Bahan² B yang telah halus dikisar kedalam periuk. Tambahkan santan pekat dan air. Masak diatas api sehingga mendidih- kacau selalu supaya tak pecah minyak.
- Bila dah mendidih, masukkan garam, gula, madu dan asam keping. rasa masam, manis dan pedasnya.
- Matikan api. celupkan ikan yang telah dipanggang @ dibakar kedalam kuah tadi sepenunhnya dan keluarkan, letak ikan yang telah dicelup kedalam kuah diatas daun pisang @ daun kunyit.
- Panggang @ bakar ikan sekali lagi. Balik -balikkan ikan diatas dulang pembakar @ pemanggang. Jangan lupa sudukan sedikit kuah semasa proses memanggang kali kedua ni. Biar sehingga ikan dan kuah bersalut sepenuhnya barulah diangkat.
- Sedia dihidang bersama nasi putih panas. Kuah yang lebih bolehlah dihidang bersama ikan tadi.
- kalau kuah tak pekat, leh masukkan 1 sb tepung jagung yang dikacau bersama 1/4 cawan air masak…
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.