Resepi Jawa dari mak.Sesuai untuk yg suka pedas..Pelik tapi sedap…..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sambal Taun

Resepi Jawa dari mak.Sesuai untuk yg suka pedas..Pelik tapi sedap…..

BAHAN-BAHAN

  • – Santan dari sebiji kelapa
  • – 2 Tongkol Lengkuas (dihiris kasar)
  • – 2 btg Serai (dihiris)
  • – 2 Cm Kunyit hidup (ditumbuk halus)
  • – 5 Ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • – 1 Ulas bawang besar (dihiris)
  • – 1 Mangkuk cili padi kg (Anggaran RM1)
  • – Bahan penting,1/2kg kulit lembu@lulang yg telah siap dibakar dan direbus hingga empuk.(boleh digantikan dgn perut lembu/kerang/sotong plastik dll.)
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis kunyit dan bawang putih yg ditumbuk hingga naik bau
  • Masukkan bahan lain kecuali santan dan kulit lembu,Gaul rata.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.Ikut citarasa masing-masing.Biar hingga terbit bau tumisan lengkuas tadi.
  • Masukkan kulit lembu yg telah di basuh bersih dan kemudian masukkan santan.
  • Pelahankan api hingga mendidih.Biar kuah menjadi agak pekat@pecah minyak.Rasakan semula garam dan gula ikut citarasa masing2.Bila kulit lembu dah empuk dan rasa dah ok tutup api.
  • Sedia untuk dihidang.Lebih sedap bila dah banyak kali dipanaskan.Sambal ni tahan lama,sebab tu org jawa panggil taun@tahun.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN