cara masak daging kicap

Cara masak daging kicap adalah salah satu resipi yang sentiasa menjadi pilihan ramai. Rasanya yang kaya dengan aroma yang menggoda pasti membuatkan sesiapa sahaja terliur. Ada satu tips mudah yang boleh membantu menjadikan daging lebih lembut dan enak.

Dengan langkah yang mudah, daging akan jadi lebih berjus dan lembut, menjadikannya lebih mudah untuk dikunyah. Jadi, jom kita masak daging masak kicap yang pasti akan memikat selera semua!

Baca juga: Resipi Daging Masak Merah Ala Thai, Sama Sedap Macam Dekat Kedai!

CARA MASAK DAGING KICAP

cara masak daging kicap

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Daging (dipotong)
  • Baking powder
  • Kicap lemak manis
  • Gula
  • Garam
  • Kunyit
  • Bawang merah (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Halia (dihiris)
  • Air asam jawa
  • Bawang besar (dipotong bulat)
  • Cabai masak atau cabai burung (untuk hiasan)

Cara-cara memasak:

  1. Potong daging dan perap dengan baking powder selama 5 minit. Lepas 5 minit, bilas hingga bersih.
  2. Perap daging yang telah dibilas dengan kicap lemak manis, gula, garam, dan kunyit selama setengah jam hingga sejam.
  3. Tumis bawang merah, bawang putih, dan halia hingga perang.
  4. Masukkan daging yang diperap, bersama air asam jawa. Kacau hingga naik minyak, kemudian masukkan bawang besar dan cabai untuk hiasan.
  5. Kacau hingga siap! Daging jangan masak terlalu lama.
  6. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Norfazila Zainurin via Geng Share Resepi

Baca juga: Cara Masak Kurma Daging Lagi Padu Dari Biasa, Rahsianya Kena Tuang Sedikit ‘Bahan’ Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN