sambal tumis yang tak memerlukan belacan

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sambal Tumis Sotong Kering

sambal tumis yang tak memerlukan belacan

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor sotong kering – di rendam dengan soda bikarbonat semalaman
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 1/2 sudu makan cili kering yang dah siap di blender
  • sedikit air asam jawa
  • garam & gula secukup nya
  • minyak masak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan sotong. Potong panjang-panjang.
  • 1/2 biji bawang besar dipotong dua. Ambil satu bahagian untuk diblender dengan 2 ulas bawang putih dan sedikit air.
  • Panaskan minyak dalam periuk kecil atau kuali. Tumis bahan blender dan cili blender sampai naik bau.
  • Bila bahan tumisan dah agak kering dan pekat, masukkan sotong dan sebahagian lagi bawang tadi yang dipotong melintang.
  • Masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih. Biarkan kuah kering dan pekat. Sebelum tutup api, masukkan garam dan gula mengikut citarasa anda.
  • Siap untuk dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN