Kuih lama yg yg tak menjemukan..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kuih Talam Gandum
Kuih lama yg yg tak menjemukan..
BAHAN-BAHAN
- Bahagian bawah
- 2 1/2 cawan tepong gandum
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 1/2 cawan air gula merah ( 1/2 kilo gula merah + 2 cwn air – dimasak-sejukan dan ambil secukupnya utk kegunaan )
- 4 cawan santan cair
- Bahagian atas
- 4 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa )
- 1 1/2 cawan tepong gandum
- 2 sudu kecil garam ( mama guna sudu KFC ) ( bolih di kurangkan )
- ATAU
- 1 cawan tepung beras ( cap bunga teratai )
- 1/2 cawan tepung gandum
- 4 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa )
- 2 sudu kecil garam halus ( sudu KFC )
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan air kukusan terlebih dahulu
- Satukan adunan bahagian bawah. Tapis kedalam loyang dan kukus selama 20 minit atau sampai nampak keras sikit. Buka kukusan.
- Kalau masih ada air diatasnya di sebabkan masuk wap, lap dengan tisu sampai kering.
- Sediakan adunan bahagian atas. Untuk bahagian ini, jangan dikisar. Sebab bila masak nanti kuihnya tak cantik dan merekah bahagian atasnya. Cukup kacau menggunakan pemukul telur sahaja.
- Membancuhnya sekadar guna pemukul telor biasa. Bila dah sebati, tapis dan tuang keatas bahagian bawah yang dah masak tadi.
- Kukus selama 1/2 jam. Buka penutup kukusan, biarkan selama 10 minit. Petua bagi mengeringkan air di atas pemukaan kuih yang di sebabkan wap. Jika masih ada kesan wap, lap dengan tisu dapur.
- Tutup api, angkat kuih dan sejukan.
- Potong ikut citarasa sendiri..nnn ngappp..
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.