Just nk share dan tambah koleksi kuih lapis kt MyR..terlanjur buat utk kawan dan ada pula kuih dan gambar skali…. :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuih Lapis Nyonya

Just nk share dan tambah koleksi kuih lapis kt MyR..terlanjur buat utk kawan dan ada pula kuih dan gambar skali…. :)

BAHAN-BAHAN

  • 300 g tepung beras (3 cwn rata) – (cap Gajah)
  • 300 g tepung ubi/tapioca flour (3 cwn rata)
  • 550-600 g gula pasir (2 cwn rata + 8 sb rata)
  • 1100 ml santan cair
  • 740 ml santan pekat
  • 1 sk garam
  • 3 helai daun pandan – disimpul
  • pewarna merah,kuning,hijau dll ikut pilihan masing2
  • **(guna 2 biji kelapa parut untuk mendapatkan santan…tapi akak guna 300 ml santan kotak KARA = 100ml santan KARA+1000ml air untuk santan cair dan 200ml santan KARA+540ml air untuk santan pekat)
CARA PENYEDIAAN
  • Didihkan air di dlm kukusan dan panaskan loyang yg disapu sedikit minyak.
  • Di dlm sebuah mangkuk,campurkan tepung2 dan santan pekat,gaul dan ketepikan.
  • Di dlm periuk,campurkan santan cair,gula,garam dan daun pandan.Kacau rata dan masak hingga mendidih dan matikan api lalu tuangkan terus ke dlm mangkuk berisi campuran tepung.(Hati2 ketika melakukan tahap ini!)
  • Tapiskan pula campuran tadi ke dlm sebuah mangkuk yg lain.Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut suka.
  • Tuang selapis adunan dan kukus hingga 5 min atau masak dan kukus lapisan berwarna seterusnya hingga habis.Kukus lapisan terakhir selama 15-20 min supaya kuih masak keseluruhannya.(loyang tk perlu di keluarkan dr kukusan ketika melapis)
  • Biarkan kuih benar2 sejuk di dalam loyang sebelum boleh dipotong.
  • **dalam 1 adunan kuih lapis ni,akak sukat 1 1/2 cwn bagi setiap lapis dan mendapat 8 lapisan…Apabila kuih dah sejuk bolehlah dipotong dan dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN