Sesiapa yang sering memasak pasti pernah menghadapi masalah makanan goreng yang serap banyak minyak. Sebenarnya, ada petua yang anda boleh guna untuk mengelakkannya daripada terjadi.
Boleh dikatakan setiap hari kita akan memasak dengan cara menggoreng makanan di dapur. Namun, pengambilan minyak yang berlebihan boleh mengganggu kesihatan seisi keluarga.
Oleh itu, kami nak kongsikan beberapa petua menarik supaya makanan goreng anda tak serap banyak minyak lagi. Jom kita tengok!
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Petua Sayur Goreng Kekal Hijau, Hasil Cantik Dan Tak Layu!
6 PETUA MAKANAN GORENG TAK SERAP MINYAK
1. Kuali mestilah bersih.
Penggunaan kuali yang bersih dapat membantu mengurangkan makanan goreng daripada melekat pada kuali yang akan menyebabkan penyerapan minyak secara berlebihan.
2. Guna minyak yang panas.
Selalu dengar orang tua-tua kata, minyak kena betul-betul panas. Sebenarnya menggoreng dengan minyak yang panas membantu makanan supaya tak serap minyak secara berlebihan.
3. Guna penapis atau tisu makanan.
Antara alatan memasak paling penting dan wajib ada di dapur ialah penapis dan tisu. Hal ini disebabkan penapis ataupun tisu boleh membantu menyerap lebihan minyak gorengan.
4. Guna api besar.
Semasa menggoreng makanan, pastikan anda menggunakan api yang cukup besar untuk kekalkan suhu panasnya kerana minyak panas dapat mengelak penyerapan minyak berlebihan.
5. Rebus sebelum goreng.
Satu lagi petua menarik adalah dengan menggunakan kaedah rebus sebelum goreng kerana ia membantu kadar penyerapan minyak secara minimal seperti gorengan ayam dan kentang.
6. Air tak berlebihan.
Makanan goreng mestilah tak terlalu berair atau basah. Sebagai contoh untuk ayam, seeloknya tekap dengan tisu untuk keringkan ayam yang telah dibasuh sebelum menggoreng.
Tips ini sungguh menarik untuk anda mula gunakan pada hari ini ketika memasak dan jangan lupa untuk ajar kepada keluarga dan kawan-kawan yang lain juga tentang petua ini.
Semoga bermanfaat!
Sumber: PnSyuhaida
Baca juga: Tips Jimat Minyak Masak Di Rumah Yang Berguna, Tak Cuba Memang Rugi!