Kalau 5 tahun lalu Kuantan mungkin lebih dikenali sebagai negeri ikan patin tempoyak. Namun, sejak kebelakangan ini lambakan kafe menarik di Kuantan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
Hal ini sekaligus telah menjadikan Kuantan sebagai ‘Bandaraya Kopi’ dan sebagai buktinya pelbagai pesta kopi dijalankan di negeri ini hampir setiap minggu.
Apa lagi, moh kita lihat 10 kafe menarik di Kuantan yang best untuk mengopi.
Baca lagi: 5 Port Kedai Makanan Laut Di Kuantan, Dijamin Semuanya Segar-Segar!
10 KAFE MENARIK DI KUANTAN
1. Slow Bar By Kopicat
Kedai kopi yang mendapat 4.9 bintang di Google review ini menyajikan kopi perlahan menggunakan mesin espresso manual. Biji kopi yang digunakan juga sangat istimewa kerana mengikut musim. Sebagai peminat kopi, anda wajib singgah ke Slow Bar by Kopicat ini.
Alamat: A1112 & A1114, Jalan Alor Akar, Taman Mayfair (Green), 25250 Kuantan, Pahang
Waktu operasi: Isnin – Jumaat, 9 am – 11 am
Google review: Di sini
2. Kuantan Pickers & Kedai Kopi
Kafe ini mempunyai dekorasi barangan antik tradisional dari pelbagai jenama dan negara. Penggunaan dekorasi ini telah menarik perhatian pelanggan untuk sering berkunjung ke kafe ini untuk menikmati makanan tempatan yang sedap
Alamat: 22, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang
Waktu operasi: Setiap hari kecuali SELASA, 7 am – 7 pm
Google review: Di sini
3. LUTH Cafe
Waktu operasi: Setiap hari kecuali ISNIN, 8:30 am – 4 pm
Google review: Di sini
4. BARNHOUZ Coffee & Cookies
BARNHOUZ Coffee & Cookies di Kuantan ialah kafe pop-up yang terkenal dengan biskut lembut buatan sendiri dan kopi berkualiti. Terletak di dalam kawasan rumah, ia menawarkan pengalaman unik di mana pemilik rumah sendiri sebagai barista, manakala biskut segar dibakar setiap hari oleh isterinya.
Anda boleh memilih hampir 10 jenis perisa soft cookies yang pelbagai.
Alamat: A2886, Lorong Tok Sira 24, Taman Taz, 25050 Kuantan, Pahang
Waktu operasi: Setiap hari kecuali ISNIN, 11 am – 6 pm
Jumaat, 12 pm – 10 pm
Google review: Di sini
5. Roots by Kebun Kota
Roots by Kebun Kota menyajikan makanan yang sihat untuk pelanggannya di mana hampir setiap bahan yang disajikan adalah berunsurkan organik dan segar dari kebun pemilik kedai ini sendiri. Tempatnya sangat santai untuk anda menikmati hidangan yang disajikan.
Alamat: B90, Jalan Air Putih 6, 25300 Kuantan, Pahang
Waktu operasi: Setiap hari kecuali ISNIN, 9:30 am – 5 pm
Google review: Di sini
6. Rasa Sayang Cafè
Jika anda mahukan hidangan pencuci mulut yang sedap dan ringkas, Rasa Sayang Cafe jawapannya! Selain dari kopi serta minuman lain, anda wajib menikmati kek yang disajikan seperti Burnt Cheesecake yang cair di dalam mulut.
Alamat: A25, Jalan Sri Kuantan 80, 25250 Kuantan, Pahang
Waktu operasi: Setiap hari kecuali SELASA, 10:30 am – 10:30 pm
Google review: Di sini
7. Tjantek
Kafe ini terkenal dengan wafel yang rangup di luar namun lembut di dalam. Selain itu, ia menyediakan pelbagai pilihan topping seperti aiskrim vanila, apple cinnamon, dan kelapa gula Melaka. Menariknya lagi, anda boleh memilih untuk menikmati hidangan di ruang makan separa terbuka, sambil menikmati cahaya matahari dan udara segar.
Alamat: 46, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang
Waktu operasi: Setiap hari kecuali RABU, 10 am – 10 pm
Google review: Di sini
8. Muka Coffee
Reka bentuk dan susun atur kafe ini sangat unik, estetik, dan berkonsepkan atelier, memberikan suasana seperti galeri seni. Dengan alunan muzik klasik atau kontemporari, ia pasti menenangkan fikiran anda sambil menikmati secawan kopi. Selain itu, anda pasti akan tertarik dengan rekaan pintu kacanya yang sangat besar dan cantik!
Alamat: 37, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang
Waktu operasi: Setiap hari kecuali RABU, 9 am – 11 pm
Google review: Di sini
9. Wild Flour Kopi House
Wild Flour Kopi House ini menyajikan kopitiam yang berkonsepkan moden seperti kedainya yang berwarna ceria. Selain dari kopi yang kaw, kedai ini juga mempunyai kepakaran dalam membuat French pastri yang sangat sedap.
Alamat: 25, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang
Waktu operasi: Setiap hari kecuali ISNIN, 8:30 am – 5 pm
Google review: Di sini
10. Uncle Kayls Roast Brew – Pure Matcha Club
Uncle Kayls Roast Brew ini merupakan kafe pop-up yang terkenal dengan kepakaran dalam membuat matcha yang sangat halus rasanya. Selain harganya yang sangat murah, kafe ini juga menjadi buruan anak muda yang gemarkan suasana berkonsepkan estetik.
Alamat: Lorong Tok Sira 17, Taman Taz, 25250 Kuantan, Pahang
Waktu operasi: Setiap hari kecuali SELASA, 9 am – 6 pm
Google review: Di sini
Selamat mengopi!
Sumber: My Weekend Plan
Baca lagi: Restoran Makanan Eksotik Di Sekinchan Yang Wajib Cuba, Memang ‘Rare’!