Masakan kegemaran. Mudah dan sedap.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Udang Masak Merah

Masakan kegemaran. Mudah dan sedap.

BAHAN-BAHAN

  • 300 g udang sederhana (dibersihkan)
  • 1 sb serbuk kunyit
  • 2-3 sb cili kering kisar
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1/2 inci lengkuas (dikisar)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1-2 sb sos cili
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sdt air asam jawa
  • 1 sb sos tiram
  • garam dan gula secukupnya – jika perlu
  • minyak utk menggoreng dan menumis
  • sedikit bawang besar dimayang, 1 biji cili merah dihiris dan 1 biji tomato dipotong 4.
CARA PENYEDIAAN
  • Udang digaulkan bersama serbuk kunyit dan sedikit garam dan diperap dlm 10 minit. Sediakan kuali. Panaskan 2 sudu besar minyak dan goreng udang hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  • Di dalam kuali yg sama, tuangkan sedikit minyak dan panaskan. Tumiskan bahan2 kisar dan serai sehingga terbit bau. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Tambahkan sedikit air dan kacau perlahan.
  • Masukkan udang dan kacau lg. Akhir sekali, masukkan bawang besar, cili merah, air asam jawa dan tomato. Perasakan dgn garam dan gula jika perlu.
  • Siap untuk dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN