mee kicap

Kalau kebetulan ada mee di dapur, apa kata kita cuba buat mee kicap! Resipi ini bukan sahaja mudah, tetapi juga sangat sedap, pasti membuatkan perut kita berkeroncong.

Dengan bahan-bahan yang ringkas dan cara penyediaan yang pantas, mee kicap ini sesuai untuk mereka yang ingin menikmati hidangan lazat tanpa perlu menghabiskan banyak masa di dapur.

Ikuti resipi langkah demi langkah yang telah dikongsikan oleh Puan Naura Aisya Aryan di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Masak Mee Jawa Simple Tapi Sangat Sedap, Kuah Pun Pekat Elok!

RESEPI MEE KICAP SEDAP DAN MUDAH

Bahan-bahan:

  • Mee wantan (saya menggunakan Mee Kering)
  • Bawang putih, ditumbuk halus
  • Lada sulah
  • Sos tiram
  • Minyak bijan
  • Kicap pekat
  • Garam dan gula
  • Tepung jagung
  • Sayur sawi, dicelur sekejap
  • Ayam, diperap dengan kicap masin, kicap manis, dan lada sulah, kemudian digoreng
  • Daun bawang sebagai hiasan

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Titiskan sedikit minyak bijan, kemudian masukkan air, sos tiram, lada sulah, dan kicap pekat.
  2. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  3. Akhir sekali, masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Masak sehingga kuah mendidih, kemudian padamkan api.
  4. Masukkan mee yang telah ditos ke dalam bekas. Gaulkan dengan sedikit kuah kicap. Tuangkan ke dalam mangkuk, kemudian susun ayam yang telah digoreng dengan hirisan nipis di atas mee bersama sayur.
  5. Akhir sekali, tuangkan sedikit kuah kicap dan hias dengan daun bawang.
  6. Mudah sahaja! Selamat mencuba.

Kredit resipi dan gambar: Naura Aisya Aryan

Baca juga: Resipi Mee Goreng Togel Ala Mak Cik Kantin Sekolah, Simple Tapi Sedap Yang Amat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN