Resepi lazat dr sumber mana ntah, x ingat… tetapi diolah mengikut citarasa sendiri….mmg sedap dan berkhasiat. Selamat Mencuba!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Crumble Epal Pisang

Resepi lazat dr sumber mana ntah, x ingat… tetapi diolah mengikut citarasa sendiri….mmg sedap dan berkhasiat. Selamat Mencuba!

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji epal hijau (dikupas kulit, dibuang empulur dan dihiris kecil2)
  • 3 biji pisang ranum (ape2 je jenis pisang yg digemari, dihiris kecil)
  • 1 sb soft brown sugar (gula merah lembut)
  • 1/2 sdt serbuk kulit kayu manis
  • 1/4 cawan susu cair
  • UNTUK CRUMBLE :
  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • 50 g mentega sejuk (dipotong dadu)
  • 3 sb soft brown sugar
  • 20 g kacang walnut (dicincang)
CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan periuk. Masukkan epal, serbuk kulit kayu manis, gula dan susu cair dan masak dgn api perlahan. Kacau sehingga epal menjadi lembut. Kemudian masukkan pisang. Kacau rata2.
  • Tutup api dan biarkan sejuk seketika.
  • Panaskan oven pd suhu 170-180C.
  • Untuk menyediakan crumble, gaul mentega bersama tepung sambil diuli dgn hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  • Masukkan gula dan kacang walnut. Gaul rata2.
  • Cedukkan campuran epal tadi ke dlm cawan2 mufin/kek. Kemudian isikan pula crumble di atasnya sehingga penuh (jgn ditekan)
  • Bakar selama 15-20 minit atau sehingga crumble keperangan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN