” Alamak, baru beli kobis ni minggu lepas. Hari ini, dah layu dan tak elok. Ada ke orang nak kongsikan cara simpan kobis bunga supaya tahan lama? Hm… ”
Pernah anda mengalami situasi di atas? Baru beli kubis bunga, tak sampai seminggu dah hampir layu. Memang sedih dibuatnya. Tambahan pula, baru guna sayur itu sekali sahaja.
Jangan risau, MyResipi akan kongsikan beberapa cara untuk kekalkan kesegaran sayur kubis bunga ini dan paling best boleh bertahan sampai bertahun-tahun!
Jom baca sampai habis.
Baca lagi: Teresek Kacang Panjang Ala Lauk Kenduri Kelantan, Campur Sekali Hati & Pedal Ayam
CARA SIMPAN KOBIS BUNGA
Terdapat beberapa cara untuk menyimpan kubis bunga segar bergantung kepada bagaimana anda merancang menggunakannya untuk memasak:
1. Simpan di dalam peti sejuk
- Sebelum simpan di dalam peti sejuk, pastika kubis bunga dalam keadaan kering dan tidak lembab atau basah.
- Balut keseluruhan kubis bunga dengan beg plastik berlubang dan letakkan di dalam peti sejuk.
- Letakkan kubis bunga dalam kedudukan batang menghadap ke atas untuk mengelakkan pengumpulan air pada bahagian kepala. Bergantung kepada kesegaran bunga kubis tersebut, ia boleh bertahan selama lima hari.
- Keringkan kuntuman kubis bunga di atas tuala kertas, pindahkan ke dalam bekas kedap udara, dan simpan di dalam peti sejuk. Kuntuman kubis bunga boleh bertahan selama empat hingga lima hari di dalam peti sejuk.
2. Bekukan Kubis Bunga
- Potong terlebih dahulu supaya kuntuman dapat disimpan dengan lebih padat dan rapi.
- Mula-mula, celur kuntuman kubis bunga dengan meletakkannya dalam periuk besar berisi air mendidih selama tiga minit, kemudian masukkan terus ke dalam air ais.
- Selepas itu, toskan air sejuk daripada kuntuman tersebut, susun kuntuman dalam satu lapisan di atas lapit atau dulang pembakar, dan bekukan selama beberapa jam.
- Setelah beku, pindahkan kuntuman tersebut ke dalam dengan kemas dan kembalikan ke dalam peti sejuk beku. Kubis bunga beku boleh disimpan selama setahun.
3. Jeruk Kubis Bunga
- Cara lain untuk memanjangkan jangka hayat kubis bunga adalah dengan menjeruknya menggunakan cuka.
- Kubis bunga jeruk juga boleh disimpan dalam balang melalui proses pengetinan, dengan cara merebus balang yang ditutup rapat sebelum disimpan di rak. Cara ini membolehkan jeruk tahan bertahun-tahun.
Walaupun anda perlu sentiasa membilas sayur-sayuran, untuk kubis bunga adalah lebih baik mencucinya sebelum menggunakannya dan bukan sebelum menyimpannya.
Jika anda merancang untuk menyimpan kubis bunga di dalam peti sejuk atau peti beku, jangan cuci sehingga anda bersedia untuk guna.
Sumber: Masterclass
Baca lagi: Resipi Acar Bombay Yang Masam Manis Tanpa Cuka, Menu Pembangkit Selera!