Mudah & cepat disediakan utk dinner, Sesuai utk ibu-ibu yg bekerja & kanak-kanak.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Yee Mee Kung Fu
Mudah & cepat disediakan utk dinner, Sesuai utk ibu-ibu yg bekerja & kanak-kanak.
BAHAN-BAHAN
- 1 gulung mee kering (mee sanggul/yee mee)
- 1 ulas bawang putih (mayang)
- 2 biji cili padi (ikut kepedasan & dimayang)
- 1/2 biji cili merah (dimayang)
- 5 biji bebola ayam (dipotong 4)
- 15 grm isi ayam
- 4 helai daun sawi (potong 1 inci)
- 1 biji telur
- 2 sb sos tiram
- 1/2 sk serbuk lada sulah
- 1/2 sk serbuk lada hitam
- 1/2 sk serbuk pati ayam Maggi
- 1/2 sk garam (sesedap rasa)
- 2 sb tepung jagung (dibancuh dgn 150ml air rebusan ayam )
- 2 sb minyak masak
- 2 btg daun bwg (dihiris utk hiasan)
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak , tumis bhn yg dimayang sehingga naik baunya.
- Masukkan isi ayam dan bebola ayam. Kacau hingga sebati dgn bhn tumisan tadi.
- Masukkan pula bancuhan tepung jagung dgn air rebusan tadi. Biarkan sedikit mendidih.
- Semasa air sudah mendidih dan kuah menjadi sedikit pekat masukkan serbuk lada sulah , serbuk lada hitam , serbuk pati ayam dan sedikit garam.
- Pecahkan pula telur dan kacau sehingga telur masak berketul-ketul
- Masukkan yee mee atau mee sanggul tadi .Tambahkan sedikit air jika mahukan yee mee betul2 lembut dan perasakan lagi.
- Masukkan daun sawi.
- Last sekali, taburkan dgn daun bwg dan siap utk dihidang panas2.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.