mochi strawberi

Mochi strawberi ini merupakan pencuci mulut yang berasal dari Jepun. Rasa kulit yang kenyal dan lembut ini, diperbuat dari tepung pulut.

Apabila digigit, anda akan rasa seakan mencair perlahan-lahan dalam mulut. Isi dalamnya memberikan gabungan rasa manis dan berkrim dari krim putar yang ringan, serta jem strawberi yang menambahkan elemen masam manis.

Jom kita tengok cara membuat mochi ini.

Baca lagi: Sambal Tumis Ikan Bilis Kantan, Lauk Penyelamat Sewaktu ‘Emergency’!

RESIPI MOCHI STRAWBERI

Bahan-bahan untuk krim:

  • 250g krim putar (whipping cream)
  • 17g gula putih
  • 20g jem strawberi

Langkah penyediaan krim:

1. Pukul krim putar dan gula sehingga menjadi puncak yang kental.

2. Masukkan campuran krim ke dalam piping bag untuk digunakan kemudian.

Bahan-bahan untuk kulit mochi:

  • 120g tepung pulut
  • 30g tepung jagung
  • 10g serbuk strawberi
  • 20g gula putih
  • 200g susu
  • 20g mentega

Langkah penyediaan kulit mochi:

1. Campurkan semua bahan kecuali mentega. Kemudian, tapis adunan tersebut untuk mendapatkan tekstur yang lebih halus.

2. Tuangkan adunan ke dalam kuali non-stick.

3. Tambahkan mentega dan kacau atas api kecil sehingga adunan menjadi doh yang tidak melekat.

4. Keluarkan doh dan tarik-tarikkan sehingga ia licin dan elastik.

5. Uli doh membentuk jalur panjang dan potong kepada bahagian kecil sekitar 30g setiap satu.

6. Canaikan setiap bahagian menjadi bentuk bulat dan letakkan dalam acuan atau cawan untuk memegang bentuknya.

7. Pipe krim putar di tengah doh, tambahkan sedikit jem strawberi, kemudian pipe lagi krim putar di atasnya.

8. Bungkus mochi dan potong lebihan doh. Taburkan dengan tepung pulut yang sudah dimasak untuk mengelakkan ia melekat.

9. Hiaskan mochi dengan tambahan krim putar dan potongan strawberi di atasnya.

Sumber: 2day’s Delights

Baca lagi: Resipi Cheesecake Coklat, Comel Macam Ini Sayang Nak Makan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN