cucur cendawan tiram

Anda dah ada idea menu makan petang nanti? Kalau belum, apa kata cuba resipi cucur cendawan tiram ini. Dijamin rangup dan sedap!

Untuk lebih rasa tambahan, anda boleh tambahkan sedikit serbuk lada hitam atau serbuk cili ke dalam adunan. Jangan lupa wajib cicah dengan sos pilihan anda!

Jom baca perkongsian lengkap di bawah ini.

Baca lagi: Sotong Masak Hitam Pedas, Confirm Tak Kecut & Tak Liat Jika Ikut Cara Ini!

RESIPI CUCUR CENDAWAN TIRAM

Bahan-bahan:

  • 250g cendawan tiram (disiat-siat kecil)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 biji telur
  • 1 cawan air (tambah jika perlu)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 tangkai daun bawang (dipotong kecil)
  • Cili merah dan cili hijau (mengikut selera)
  • Sejemput ikan bilis
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:

1. Dalam sebuah mangkuk besar, campurkan tepung gandum, tepung beras, telur, dan air.

2. Kacau sebati sehingga adunan menjadi rata. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau terlalu pekat.

3. Masukkan bawang besar, bawang putih, daun bawang, cili merah dan hijau, serta garam secukup rasa ke dalam adunan tepung tadi.

4. Gaul semua bahan sehingga bercampur rata.

5. Masukkan cendawan tiram yang telah disiat-siat ke dalam adunan.

6. Gaul sehingga cendawan disalut dengan adunan tepung dengan baik.

7. Panaskan minyak yang mencukupi dalam kuali untuk menggoreng secara deep fry.

8. Cedok sedikit adunan menggunakan sudu dan masukkan ke dalam minyak panas.

9. Goreng hingga cucur berwarna keemasan dan menjadi rangup. Ulang sehingga adunan habis digoreng.

10. Setelah cucur kelihatan rangup dan garing, angkat dan toskan minyak menggunakan penapis atau tisu dapur.

11. Hidangkan cucur crispy cendawan tiram bersama sos kegemaran anda seperti sos cili atau sos tomato.

Sumber: Siti Izah Acidic Mzm V

Baca lagi: Sambal Tumis Ikan Bilis Kantan, Lauk Penyelamat Sewaktu ‘Emergency’!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN