resepi puding jagung cincau

Jika tekak teringin makan pencuci mulut yang sejuk, kami cadangkan anda cuba resepi Puding Jagung Cincau pada hari ini di rumah.

Hamidah HA telah kongsikan resepi Puding Jagung Cincau di Facebook yang hasilnya menarik perhatian ramai kerana berkilat dan tak berair. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Puding Roti Simple Dengan 5 Bahan, Anak Mesti Tak Berani Tolak Punya!

RESEPI PUDING JAGUNG CINCAU

resepi puding jagung cincau

Bahan-bahan:

  • 12 gram agar-agar tali
  • 3½ cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin jagung krim
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 3 sudu besar susu pekat
  • Sedikit cincau
  • 3 sudu besar bes berperisa jagung
  • Sedikit gula batu (kalau tak letak pun boleh)
  • Secubit garam

Cara-cara membuat:

1. Kisar jagung krim dengan ½ cwn air. Ketepikan.

2. Potong cincau kecil-kecil. Ketepikan.

3. Bersihkan agar-agar tali. Masak agar-agar dengan 3 cawan air hingga semua agar-agar larut.

4. Masukkan gula pasir dan gula batu. Kacau hingga gula pasir dan gula batu larut.

5. Masukkan susu cair, susu pekat, bes perisa jagung, jagung krim yang telah dikisar dan secubit garam. Kacau sehingga mendidih.

6. Basahkan loyang atau acuan. Masukkan sedikit cincau yang telah dipotong kecil tadi. Baki cincau simpan dahulu. Tuang semua agar-agar ke dalam loyang atau acuan tadi.

7. Agak-agak dalam 10 hingga 15 minit, letak lagi sedikit cincau. Tekan-tekan sedikit cincau ke dalam agar-agar.

Agak-agak 10 hingga 15 minit kemudian, letak lagi cincau ke atas agar-agar sehingga habis. Tekan-tekan sikit supaya cincau tenggelam ke dalam agar-agar. Sejukkan.

8. Apabila puding telah sejuk, simpan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 3 jam.

9. Keluarkan loyang atau acuan tadi dari peti sejuk. Cuba-cuba keluarkan puding dari loyang atau acuan. Kemudian, potong ikut suka. Siap untuk dinikmati!

resepi puding jagung cincau

Anda perlu menggunakan gula batu dalam resepi Puding Jagung Cincau ini supaya hasil puding nampak berkilat dan mengelakkannya daripada berair.

Selamat mencuba!

Sumber: Hamidah HA

Baca juga: Cara Buat Puding Coklat Cream-O Yang Cantik Menawan, Serius Menjadi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN