bahan pedas

Ramai orang yang cenderung untuk menggunakan cili sewaktu menyediakan hidangan pedas, tapi sebenarnya ada beberapa bahan pedas yang boleh gantikan cili tau.

Orang Malaysia dari dulu lagi takkan lari daripada makan makanan pedas tapi tak semua orang yang boleh terima untuk menikmati hidangan yang mengandungi cili.

Oleh itu, anda boleh gunakan bahan pedas yang kami senaraikan di bawah sebagai pengganti cili ketika memasak hidangan di rumah. Jom kita tengok!

Baca juga: 6 Bahan Ini Boleh Jadi Pengganti Telur Dalam Masakan, Tetap Sedap Macam Biasa!

ANTARA BAHAN PEDAS YANG DIGUNAKAN SEBAGAI PENGGANTI CILI DALAM MASAKAN

1. Wasabi

bahan pedas

Wasabi atau lobak pedas Jepun ini mempunyai rasa pedas dan sering digunakan untuk makan bersama sushi. Bahan ini sesuai untuk orang yang suka makan makanan Jepun di rumah.

2. Buah pala

bahan pedas

Buah pala adalah benih dari spesies pokok myristica. Pala wangi dan pala sejati ialah pokok jenis malar. Walaupun masam dan kelat, tapi pala boleh diproses menjadi halwa dan rempah yang menghasilkan rasa pedas dalam masakan.

3. Paprika

bahan pedas

Paprika diambil dari capsium yang dihasilkan dari cili kering. Bahan pedas ini mempunyai tahap kepedasan yang berbeza, tapi lebih cenderung untuk menghasilkan rasa pedas yang lembut dalam masakan.

4. Halia

bahan pedas

Halia merupakan sejenis tumbuhan yang mana rizomnya diambil dan digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan tradisional. Walaupun nampak seperti biasa saja, namun bahan ini mempunyai rasa pedas yang tersendiri.

5. Lada putih

bahan pedas

Lada putih berasal dari biji lada. Walaupun kurang pedas, namun ia banyak digunakan dalam masakan Asia. Biasanya mak-mak yang suka gunakan bahan pedas ini semasa buat kuih goreng.

6. Lada hitam

bahan pedas

Lada hitam pula berasal dari buah lada. Rasanya lebih pedas berbanding lada putih dan sering digunakan dalam masakan Barat. Peminat chicken chop dan spaghetti pasti menyukainya.

Kesimpulannya, tak perlu risau jika tak boleh makan cili atau stoknya sudah habis di dapur kerana anda boleh gunakan mana-mana bahan pedas di atas untuk gantikannya.

Semoga bermanfaat!

Sumber: PnSyuhaida

Baca juga: Cili Boh VS Serbuk Cili, Mana Satu Yang Lebih Bagus Dan Tahan Lama?

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN