menyiang ikan

Buat anda yang baru saja berkahwin tapi belum biasakan diri untuk berada di dapur, boleh mula belajar untuk menyiang ikan terlebih dahulu.

Jika masih mempunyai ibu mentua, pasti anda tak nak terasa malu pada pandangannya. Lebih-lebih lagi apabila diminta untuk membantu menyiang ikan di dapur.

Di bawah ini kami kongsikan tutorial menyiang ikan dengan langkah demi langkah yang ringkas dan cukup sesuai untuk mereka yang baru saja belajar memasak. Jom kita tengok!

Baca juga: Cara Simpan Kangkung Supaya Tak Cepat Layu, Dah Seminggu Pun Tetap Hijau!

TUTORIAL MENYIANG IKAN CARA NEWBIE

1. Mula-mula, gunting sirip dan ekor ikan. Gunting tak perlu banyak sangat. Buang hujung-hujung saja.

menyiang ikan

2. Kemudian, belah bahagian perut ikan. Pastikan pisau atau gunting anda tajam dan berhati-hati jika tak biasa, buat perlahan-lahan saja. Belah dari hujung ekor sampai ke mulut.

menyiang ikan

3. Setelah selesai belah perut tadi, keluarkan isi perut dan insang. Anda hanya perlu tarik saja semua isi perut dan insang.

menyiang ikan

4. Selepas sudah keluarkan isi perut dan tiada apa-apa lagi di dalam, lalukan air dan bersihkan bahagian dalam ikan.

5. Akhir sekali, susun ikan satu demi satu di dalam bekas. Letakkan serbuk kunyit dan garam supaya tahan lebih lama.

Sebenarnya tak susah pun untuk mula berjinak-jinak dalam memasak menggunakan ikan, asalkan anda tahu cara menyiang ikan yang asas pun sudah memadai.

Selepas tahu tutorial menyiang ikan ini, sekurang-kurangnya taklah malu depan ibu mentua nanti. Selain itu, anda juga boleh ajar suami supaya dapat bersama-sama membantu di dapur.

Tak perlu malu jika tak tahu masak sekalipun kerana tak semua orang terus mahir di dapur, cukup anda rela dan berani untuk belajar sesuatu yang baru.

Jangan lupa untuk terus ikuti perkembangan kerana kami akan kongsikan lebih banyak lagi tutorial mudah dan istimewa untuk newbie nanti.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Meni masak

Baca juga: Cara Buat Santan Segar Dengan Isi Kelapa, Trik Tanpa Mesin Ini Serius Menjadi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN