buah belimbing

Buah belimbing merupakan salah satu buah yang mempunyai rasa masam manis dengan tekstur berair yang menyegarkan. Anda boleh menemui buah ini dengan mudah di beberapa negara tropika, termasuk Malaysia. Buah ini bukan saja sedap, tetapi juga menarik dengan bentuknya yang unik dan warna hijau kekuningan.

Seperti buah-buahan tropika lain, belimbing mempunyai rasa masam manis yang menyegarkan, sempurna untuk dinikmati dalam cuaca panas. Namun begitu, berhati-hati ketika membeli buah ini kerana anda mungkin terbeli buah yang mempunyai rasa masam yang dominan.

Oleh itu, jom MyResipi kongsikan cara memilih buah belimbing yang mempunyai rasa manis yang seimbang dengan rasa masam. Lihat perkongsian penuh di bawah, semoga bermanfaat ya!

Baca juga: AWAS! Elak Makan 7 Jenis Buah Ini Malam-Malam, Jadi Penyebab Masalah Ini…

CARA PILIH BUAH BELIMBING YANG MANIS DAN BANYAK AIR

1. Pilih buah belimbing yang berwarna kuning terang

Pilih buah yang mempunyai warna kuning terang dengan sedikit warna hijau muda. Ini menunjukkan bahawa ia sudah masak.

2. Pilih buah yang agak keras

Belimbing masak akan mempunyai tekstur berisi yang padat apabila disentuh. Jika dikupas, buah ini akan mempunyai rasa rangup seperti buah pir.

3. Elakkan memilih belimbing yang berkedut

Elakkan memilih belimbing yang berkedut, mempunyai tekstur yang lembut dan mempunyai hujung yang layu kerana ini boleh menjadi tanda belimbing sudah busuk.

Sumber: KOMPAS.com

Baca juga: Cara Kupas Buah Nanas Dengan Betul, Baru Tak Gatal Lidah & Dapat Rasa Isi Manis

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN