resipi cheesekut

Entri pagi ini kami ingin kongsikan satu juadah pencuci mulut yang sangat enak dan mudah dibuat iaitu resipi cheesekut. Ia tidak memerlukan baking dan hanya menggunakan bahan-bahan yang ringkas.

Dalam resipi ini juga, Anda boleh menambah buah-buahan segar seperti strawberi atau kiwi sebagai hiasan di atas lapisan terakhir.

Sekiranya mahu rasa lebih manis, boleh tambahkan lagi susu pekat manis mengikut citarasa. Jom baca!

Baca lagi: Cara Simpan Kangkung Supaya Tak Cepat Layu, Dah Seminggu Pun Tetap Hijau!

RESIPI CHEESEKUT ANTI GAGAL

Bahan-bahan yang Diperlukan:

  • Biskut cream cracker (secukupnya)
  • Cream cheese (250g)
  • Susu segar (1/2 cawan + secukupnya untuk mencelup biskut)
  • Susu pekat manis (5 sudu besar)
  • Nestum (untuk taburan)

Cara Penyediaan:

1. Masukkan cream cheese ke dalam mangkuk besar.

2. Tambahkan 5 sudu besar susu pekat manis ke dalam mangkuk yang sama.

3. Masukkan 1/2 cawan susu segar.

4. Gaul kesemua bahan sehingga menjadi campuran yang pekat dan sebati. Anda boleh menggunakan pengadun tangan (hand mixer) untuk hasil yang lebih halus.

5. Sediakan bekas atau loyang untuk menyusun lapisan biskut dan cream.

6. Letakkan sedikit campuran cream cheese di bahagian dasar bekas sebagai lapisan pertama.

7. Dalam mangkuk lain, tuangkan sedikit susu segar untuk mencelup biskut cream cracker.

8. Celupkan biskut satu persatu dengan cepat supaya tidak terlalu lembik, dan susun biskut yang dicelup di atas lapisan cream dalam bekas tadi.

9. Setelah susunan pertama biskut selesai, sapukan cream cheese di atas biskut tersebut.

10. Ulangi proses menyusun biskut dan lapisan cream cheese sehingga mendapatkan ketebalan yang diingini. Biasanya 6-8 lapisan sudah memadai.

11. Pada lapisan terakhir, sapukan cream cheese dan taburkan nestum di atasnya untuk memberikan rasa dan tekstur yang rangup.

12. Setelah semua lapisan siap, masukkan bekas ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam supaya cheesekut lebih padat dan sedap ketika dimakan.

13. Cheesekut anda siap untuk dinikmati!

Sumber: Nur Safura

Baca lagi: Resepi Ayam Sambal Bali, Buat Lauk Ini ‘Confirm’ Suami Dah Tak Makan Luar

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN