kengsom ikan

Kengsom ikan merah ini adalah hidangan yang pasti memikat selera! Rasa pedas, masam, dan manis semua ada dalam satu hidangan.

Ikan merah segar dimasak dengan kuah rempah yang padu, ditambah pula dengan nanas dan kangkung yang menambah rasa.

Sesuai sangat untuk makan malam atau makan tengah hari buat seisi keluarga. Pasti semua suka dan minta tambah. Jom kita cuba!

Baca juga: Resipi Asam Pedas Keladi, Rupanya Ada Cara Masak Supaya Tak Gatal Tekak

RESEPI KENGSOM IKAN MERAH

Bahan-bahan yang dikisar:

  • 9 tangkai cili kering kerinting (buang biji)
  • 3 tangkai cili merah (buang biji)
  • 15 biji cili api merah menyala
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 3 biji bawang holland
  • 7 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 1 inci belacan
  • 1/4 dari sebiji nanas muda
  • 3 helai daun limau purut

Bahan lain:

  • 1 kg ikan merah segar
  • Air asam jawa secukup rasa
  • 1 biji limau nipis (ambil jus)
  • 3/4 dari sebiji nenas muda
  • Kangkung secukupnya

Cara Memasak:

  1. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar dengan sedikit minyak hingga naik bau.
  2. Masukkan air dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan hirisan nenas.
  4. Tambahkan air asam jawa.
  5. Masukkan garam, gula, dan penyedap rasa jika perlu.
  6. Seterusnya, masukkan ikan dan biar hingga masak.
  7. Jika suka pedas, boleh campakkan segenggam cili Siam hijau merah sebagai hiasan dan tambahan kepedasan.
  8. Akhir sekali, masukkan kangkung dan jus perahan limau nipis. Padamkan api dan sedia untuk dinikmati.

Nota: Jika memasak dalam kuantiti yang banyak, letakkan kangkung secukupnya untuk sekali makan. Ini kerana kangkung yang lama dalam kuah akan menjadi terlalu layu dan kurang segar untuk dimakan pada sesi seterusnya.

Kredit resipi: Fastabiqul Khoiroit

Baca juga: Sedap Rupanya Asam Pedas Utara, Resipi Sihat Tanpa Guna Setitik Minyak!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN