Nak tambahkan lg koleksi resepi bahulu. Sangat sedap dan bahan2nya ringkas shj. Sesuai utk minum petang.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bahulu Gulung

Nak tambahkan lg koleksi resepi bahulu. Sangat sedap dan bahan2nya ringkas shj. Sesuai utk minum petang.

BAHAN-BAHAN

  • 90 g / 3/4 cawan / 9½ sb tepung gandum (diayak)
  • 3 biji telur A
  • 5 sb gula halus
  • 1 sdt esen vanilla / jus lemon
  • 2 sb jem raspberi
  • sedikit gula halus utk taburan
CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan tin/loyang/dulang pembakar. Alas dgn baking sheet dan griskan serta taburkan sedikit tepung di permukaannya. Panaskan oven pd suhu 180C.
  • Putar telur dgn gula sehingga btl2 kembang dan ringan. (pastikan adunan ini btl2 kembang dan gebu, ini akan membantu kek mjd lebih ringan dan lembut stlh masak)
  • Masukkan esen vanilla/jus lemon dan putar lagi hingga sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dlm adunan td sambil dikacau dgn cara kaup balik. (kaup tepung dgn perlahan shj)
  • Tuangkan adunan ke dlm dulang yg tlh disediakan. Ratakan.
  • Bakar pd tetingkat atas(high rack) selama 20 minit atau sehingga kek keperangan. (jika menggunakan suhu 200C, bakar selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180C, dan bakar lg selama 5 minit). Walau bagaimanapun, kepanasan suhu bergantung pd jenis oven yg digunakan. Jadi, hrp2 dpt adjust sendirilah yer.
  • Panaskan jem raspberi sehingga cair.
  • Alaskan sekeping kertas minyak di atas kain lembab. Taburkan sedikit gula di atasnya.
  • Setelah bahulu masak, terus keluarkan dan terbalikkan di atas kertas minyak td. Potong kerak di bahagian tepinya jika suka. Sapukan jem di atas bahulu hingga rata.
  • Gulung dgn kemas dgn menggunakan kertas minyak.
  • Sejukkan sebelum dipotong dan dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN