sambal simple – campak2 je, janji masak lama skit supaya cili api betul2 masak dan tak menyakitkan perut lepas makan… sambal tu dalam tupperware kat atas ni k, nak makan dgn ckodok udang kepal…jemput makan!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sambal Cili Api Udang Geragau

sambal simple – campak2 je, janji masak lama skit supaya cili api betul2 masak dan tak menyakitkan perut lepas makan… sambal tu dalam tupperware kat atas ni k, nak makan dgn ckodok udang kepal…jemput makan!

BAHAN-BAHAN

  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia & 1/2 inci kunyit hidup
  • 25 tangkai cili api (terpulang selera masing2)
  • 3 genggam udang geragau
  • 1 sudu kecil asam jawa, bancuh dgn air
  • Garam & gula ikut selera anda
  • Minyak yg cukup utk menumis sambal
CARA PENYEDIAAN
  • Blender bawang merah/putih, halia, kunyit dan cili api dengan satu sudu besar air. Nak tumbuk guna lesung pun takpe, tapi tak payah letak air.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg dah dilumatkan tadi. Kacau2, jgn sampai hangus.
  • Masak sehingga sambal kelihatan keperangan/kecoklatan – menandakan cili tersebut betul2 masak. Masukkan udang geragau. Tambah gula & garam, sesuaikan dengan selera anda.
  • Masukkan air asam jawa, kacau sebati. Sebaiknya guna air masak utk larutkan asam jawa ni sebab kita masukkan air asam last skali kan. Kalo takder asam jawa, bleh ganti dgn sekeping 2 asam gelugur kering (juga dikenali sbagai asam keping)
  • Masak sehingga air sambal menjadi agak kering supaya tak bonyeh & sambal boleh tahan lama.
  • Boleh hidang ikut suka – nak makan dgn nasi panas2 pun boleh, cicah ckodok, makan dgn lempeng, sapu kat roti – terpulang… Selamat mencobe!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN