sambal pecak

Peminat masakan ala kampung sangat teruja apabila mendengar tentang kesedapan Sambal Pecak yang heboh di media sosial sekarang.

Sambal Pecak merupakan salah satu jenis sambal yang sering disajikan bersama lauk-pauk yang sangat terkenal di kalangan suku Betawi, Indonesia.

Cara membuatnya juga cukup mudah dengan perkongsian resipi melalui video oleh lelaki yang mesra dipanggil Zam di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Sambal Nasi Kak Wok, Pedas Dan Manisnya Cukup Rasa!

RESIPI SAMBAL PECAK

sambal pecak

Bahan-bahan:

  • Cili padi hijau dan merah
  • Bawang merah (dihiris)
  • Tomato (dipotong empat)
  • Minyak masak
  • Limau nipis

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, tumbuk cili padi hijau sampai sedikit halus diikuti dengan cili padi merah. Jika tak nak terlalu pedas, boleh guna lada besar atau lada merah.

2. Masukkan bawang merah dan tumbuk sehingga halus, kemudian masukkan tomato dan tumbuk lagi. Biarkan dahulu.

3. Selepas itu, panaskan minyak dan gorengkan bawang sehingga menjadi bawang goreng tapi jangan terlalu hangit.

4. Masukkan bawang goreng bersama minyak ke dalam sambal tadi, kemudian perasakan garam dan gula.

5. Seterusnya, perahkan limau nipis. Siap untuk dinikmati!

sambal pecak

Sebagai tambahan, anda boleh juga tambahkan belacan mengikut citarasa, tapi Sambal Pecak ini sudah cukup sedap tanpa belacan sekalipun.

Kami cadangkan anda cuba Sambal Pecak ini sekali seumur hidup kerana rasanya memang luar biasa dan nasi berlauk menjadi bertambah sedap dibuatnya.

Orang Malaysia memang suka makan sambal untuk sarapan dengan nasi lemak atau dengan lauk nasi campur untuk makan tengah hari dan malam.

Oleh itu, anda boleh cuba makan dengan Sambal Pecak ini nanti dan hidangan seisi keluarga di rumah menjadi lebih sempurna dengannya.

Kami yakin ramai yang tak sabar untuk jadikan sambal ini sebagai stok di rumah dan pasti orang tersayang akan menyukainya.

Selamat mencuba!

Sumber: Zam Akmal dan Senduk

Baca juga: Sambal Budu Tak Pakai Banyak Minyak, Sedar-Sedar Nasi Dah Dua Pinggan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN