Tiada orang akan melepaskan peluang untuk mencuba Sambal Budu yang sering dihidangkan setiap kali berada di Kelantan.
Budu ialah makanan tradisional popular di Malaysia berasal dari Kelantan yang diproses daripada perapan ikan bilis sehingga hancur dan mudah didapati dalam bentuk botol yang terjual di kedai.
Selain ia boleh dihidangkan begitu saja, budu juga boleh dicampur dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam, perahan limau nipis dan tempoyak untuk menambahkan aromanya.
Seperti perkongsian oleh Yuslieza Yusoff, dia telah berjaya membuat Sambal Budu yang mudah dan sedap sehingga mendapat perhatian orang ramai di Facebook. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Buat Sambal Bangkok Yang Tak Cepat Rosak, Sedap Menyengat!
RESIPI SAMBAL BUDU
Bahan-bahan:
- Cili padi
- Cili hidup atau merah
- Bawang merah
- ½ botol budu
- ½ cawan santan
- Minyak masak
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, masukkan semua bahan dalam pengisar, kemudian kisar kasar saja.
2. Selepas itu, panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sampai naik bau wanginya.
3. Seterusnya, masukkan setengah botol budu dan setengah cawan santan, kemudian kacau sampai sebati.
4. Akhir sekali, boleh biarkan 5 minit sampai pecah minyak. Siap untuk digunakan!
Anda akan terkejut setelah makan Sambal Budu ini bersama nasi putih yang panas kerana kesedapannya buat selera terangkat, nak kongsi dengan orang sebelah pun mesti tak sempat punya.
Jarang jumpa orang yang buat sambal ini kecuali orang yang lahir di Kelantan. Manalah tahu dapat pasangan dari Kelantan, bolehlah hidangkan sambal ini sekali.
Sesetengah orang menjadikan Sambal Budu ini sebagai hidangan sampingan atau digaul bersama makanan lain dan ia juga sungguh sedap dibuat sebagai pencicah untuk kuih goreng.
Dengan adanya resipi ini, nampaknya bertambah lagilah stok sambal untuk anda buat di rumah, sekali-sekala nak ubah angin dengan membuat sambal lain pun tiada masalah.
Selamat mencuba!
Sumber: Yuslieza Yusoff
Baca juga: Jiran Ajar Cara Buat Sambal Goreng, Resipi Mantap Dari Indonesia