nasi goreng cina yang lain daripada yang lain.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Goreng Cina Kampung

nasi goreng cina yang lain daripada yang lain.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A
  • 2 biji telur (dipukul)
  • 2 ulas bawang merah (dihiris)
  • 1 genggam ikan bilis kecil(size S)
  • Bahan B
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 biji lada merah/5 biji cilipadi (ikut kepedasan yang disukai)
  • 2 ketul isi ayam (size potong 12 ambil 2 ketul)
  • 3 sudu sos tiram
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 2 sudu minyak
  • 2 sudu mentega
  • Garam
  • Sayur campur (ikut suka)
  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • 3 cawan nasi
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dan goreng bawang merah hingga naik bau kemudian masukkan telur dan ikan bilis. Kacau-kacau supaya telur hancur. Goreng hingga ramuan sebati dan pastikan telur dan ikan bilis kering lebih kurang 5-10 minit.
  • Tutup api kemudian masukkan telur tadi ke dalam nasi putih. Masukkan sedikit garam dan gaul sebati. Ketepikan.
  • Dalam kuali yang sama tadi cairkan mentega dan tumis bawang merah, bawang putih dan lada merah hingga naik bau dan masak.
  • Masukkan isi ayam dan biarkan sehingga masak.
  • Masukkan nasi yang dicampur dengan telur tadi dan kacau sebati. Kemudian masukkan sayur campur dan kacau.
  • Masukkan sos tiram, pati ayam dan garam. Kacau hingga sebati dan boleh dihidangkan. Tabur dengan daun sup dan bawang goreng untuk hiasan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN