cara bersihkan air fryer

Air fryer antara alat dapur moden yang bantu kerja masak di rumah jadi lebih mudah, tapi bagaimana cara bersihkan air fryer yang berminyak dengan betul?

Oleh kerana air fryer sudah menjadi alat memasak yang umum digunakan di luar negara, jadi orang Malaysia juga tak ketinggalan untuk memilikinya di rumah.

Walaupun fungsi utama air fryer adalah menggoreng makanan tanpa minyak, namun ada juga yang meletakkan sedikit minyak semasa menggunakannya terutamanya untuk menggoreng.

Masalah air fryer yang berminyak dan susah dibersihkan pasti buatkan anda tak senang duduk, tapi jangan risau kerana kami telah jumpa jalan penyelesaiannya.

Wanita yang mesra dipanggil sebagai Syeera telah kongsikan di Lemon8 tentang cara bersihkan air fryer yang berminyak dengan menggunakan 2 bahan saja. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Cara Cuci Periuk Nasi Yang Betul, Boleh Elak Nasi Cepat Basi

CARA BERSIHKAN AIR FRYER BERMINYAK

cara bersihkan air fryer

Bahan-bahan:

  • Sabun pencuci (tak kisah jenama apa pun boleh)
  • Lemon

Cara-cara bersihkan:

1. Mula-mula, isikan air paip ke dalam air fryer, cukup sampai meliputi kawasan berminyak yang nak dicuci.

cara bersihkan air fryer

2. Kemudian, masukkan beberapa titik sabun pencuci dan bagi ia berbuih.

cara bersihkan air fryer

3. Seterusnya, panaskan dalam air fryer dengan menggunakan suhu 200ºC selama 20 minit.

cara bersihkan air fryer

4. Selepas itu, keluarkan. Tengok nanti semua kerak dan minyak akan keluar.

5. Masukkan perahan lemon ke dalam campuran tadi.

6. Panaskan balik dalam air fryer dengan menggunakan suhu 200ºC selama 5 minit.

7. Setelah siap, boleh keluarkan air tadi dan bilas guna air paip. Siap!

Cara bersihkan air fryer yang berminyak ini sangat berguna kerana bukan saja ia tak perlu disental lagi, malah air fryer anda akan jadi licin, berkilat dan wangi.

Tak dinafikan ramai suka gunakan air fryer di rumah, jadi jangan lupa untuk praktikkan tips ini bersama keluarga dan kawan-kawan anda.

Semoga bermanfaat!

Sumber: the.palm.home

Baca juga: Cara Simpan Susu Pekat Supaya Tak Cepat Rosak, Buat Begini Baru Jadi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN