mudah dan sedap..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Dadih laici berkuah
mudah dan sedap..
BAHAN-BAHAN
- 1 paket dadih perisa laici (yg dah siap punya ada jual kat kedai…cap yg paling sedap..brand happy grass)
- 1/2 kotak fresh milk (500 ml)
- 2 1/2 liter air
- 1 tin susu cair ( 400 ml)
- 1 sudu besar gula
- 1 tin laici ( kalau nak letak banyak boleh tambah lagi)
CARA PENYEDIAAN
- masak air hingga didih. selepas air didih masukkan gula.
- kemudian masukkan susu cair dan susu segar. biar dalam 1-2 minit. hanya untuk panas kan saja susu tu.
- selepas susu dah panas, tutup kan api dan masukkan dadih segera tadi. kacau2 selama 5 minit.
- akhir sekali masukkan gula dadih segera dan kacau2 sekejap, kemudian tutupkan api.
- masukkan dadih kedalam bekas. saya guna bekas saiz kecil. biarkan dadih sehingga ia mengeras.
- sementara itu, asingkan laici dan jugak kuahnya.
- cerai-ceraikan buah laici tadi menggunakan tangan.
- apabila dadih dah mengeras, letakkan sedikit buah laici diatasnya. kemudian sudukan 1/2 atau 3/4 air laici kedalam bekas tadi. buat sehingga habis.
- bila dah siap. masukkan semua dadih tadi kedalam peti ais. bila dah sejuk..boleh la dimakan.
- nota: kalau nak guna dadih brand lain pun boleh jugak…tapi jgn letak susu segar tu sebab nanti dia terlebih rasa susu…guna ikut sukatan kat belakang paket tu je ( 3 liter air dan 1 tin susu cair)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.